Gunung Jerai terletak di sempadan antara dua daerah iaitu Kuala Muda dan Yan. -Gambar Facebook Tourism Kedah
ADA yang menyangka Gunung Jerai sekadar lokasi pendakian biasa, namun hakikatnya destinasi di Kedah itu menyimpan keindahan luar jangka sehingga membuatkan pengunjung mengakui selama ini mereka terlepas pandang.Seorang pelancong tempatan meluahkan rasa terkejut dengan keindahan Gunung Jerai yang disifatkan jauh lebih cantik daripada jangkaan awal. "Ada tak tempat percutian kat Malaysia ni korang rasa underated? Untuk saya adalah Gunung Jerai. Saya ingat macam Bukit Ampang je, paling-paling macam Bukit Broga orang pergi hiking je."Cantik gila. Sejuk kalah Cameron Highlands. Sumpah tak sangka. Saya memang tak sangka secantik ini Gunung Jerai. Maaf warga Kedah sebab saya 'noob'," katanya.Lebih mengejutkan, kemudahan penginapan di puncak gunung juga dilihat eksklusif dan selesa, sekali gus menepis tanggapan bahawa kawasan pergunungan hanya sesuai untuk aktiviti lasak semata-mata.Ketinggian Gunung Jerai ialah 1,217 meter dan pemandangan boleh dilihat sehingga ke Pulau Pinang. -Gambar Facebook Tourism KedahPengunjung itu turut berkongsi pengalamannya bermalam di The Jerai Hill Resort, yang terletak di puncak Gunung Jerai.Menurutnya, walaupun berada di kawasan pergunungan, kemudahan yang disediakan lengkap dan selesa."Suhu sekitar mencecah 17 darjah celsius, pengunjung masih boleh menikmati kolam renang kerana airnya suam.“Boleh mandi swimming pool walaupun cuaca sejuk. Rasa macam mandi kolam renang kat luar negara,” katanya.Dalam keterujaan menikmati alam semula jadi, pengunjung tersebut turut mencuba laluan ke Air Terjun Alor Naga yang disifatkan sebagai antara 'kerja gila' yang pernah dilakukan.“Hiking sambil bawa baby. Ingat laluan mudah, rupanya sangat mencabar. Lutut ketar, hampir nak give up,” katanya.Dia mengingatkan ibu bapa agar berfikir masak-masak sebelum membawa anak kecil ke laluan tersebut kerana tahap kesukarannya tidak sesuai untuk semua.Tip penting untuk pengunjungBagi mereka yang merancang untuk bermalam di puncak Gunung Jerai, pengunjung itu berkongsi beberapa tip penting bagi menjimatkan kos:- Hubungi dahulu The Jerai Hill Resort untuk membuat tempahan.- Tunjukkan bukti tempahan WhatsApp kepada penjaga di kaki gunung bagi mengelakkan bayaran masuk RM5.- Di pintu kawalan atas, tunjukkan tempahan kepada pengawal untuk mengecualikan bayaran RM2 seorang.- Jika datang dengan lebih daripada satu kenderaan, penjimatan boleh menjadi lebih besar.