BAGI pendaki yang baru pertama kali cuba menawan Gunung Kinabalu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sumber air di sepanjang laluan pendakian.Di kebanyakan pondok rehat, kemudahan asas seperti tandas dan bekalan air memang disediakan. Air tersebut lazimnya disalurkan daripada mata air semula jadi ke dalam tong simpanan untuk kegunaan pendaki.Pendaki disaran membawa bekalan air sendiri berbanding minum air tak dirawat di kawasan gunung. -Gambar media sosialPenyedia barangan pendakian, Core Out Door Tactical bagaimana pun memberi peringatan [Tonton Video] bahawa papan tanda jelas menyatakan bahawa air berkenaan adalah air tidak dirawat."Maksudnya air mata air tu bersih, mereka salurkan ke dalam tong-tong tapi tak disarankan untuk diminum terus."Memang lain berbanding air mata air kat Semenanjung. Kat sana kita boleh kata air ni bersih tapi di Gunung Kinabalu kebersihannya tak dijamin sebab tidak melalui sebarang penapisan," katanya.Justeru itu, tanpa rawatan air tersebut mungkin mengandungi mikroorganisma berbahaya dan tidak semestinya sesuai untuk penghadaman manusia.Pendaki yang ingin menggunakan air berkenaan untuk minuman dinasihatkan supaya merebusnya terlebih dahulu.Namun sebaiknya bawa bekalan air sendiri.Sebarang penggunaan air tanpa rawatan adalah atas risiko sendiri.Risiko minum air gunung1. Mikroorganisma berbahaya- Air semula jadi boleh mengandungi bakteria seperti E. coli, Salmonella, atau parasit seperti Giardia.- Boleh sebabkan cirit-birit, muntah, dan jangkitan perut.2. Logam dan mineral- Air gunung mungkin membawa logam dari batuan atau mineral lain.- Kebiasaannya jumlah kecil, tapi boleh jadi risiko jika diminum terus dalam jangka panjang.3. Pencemaran manusia- Kawasan popular pendakian boleh tercemar najis atau sisa pelancong.- Walaupun air nampak jernih, pencemaran mikro tidak mudah dilihat.