suria

Ini lokasi pertunjukkan bunga api di Lembah Klang... Boleh semak senarai artis konsert ambang tahun baharu 2026

Terdapat banyak pilihan sekitar Lembah Klang untuk menyambut tahun baharu.

MENJELANG penghujung tahun 2025, ramai rakyat Malaysia sudah mula merancang cara terbaik untuk menyambut ketibaan tahun baharu.

Untuk makluman, sekitar Lembah Klang ada menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk sambutan malam ambang tahun baharu 2026 sama ada ingin berkumpul bersama rakan, keluarga atau sekadar mencari lokasi terbaik untuk menikmati suasana countdown yang meriah.

Lebih menarik, penganjur di lokasi-lokasi tertentu turut menjanjikan pertunjukan bunga api serta persembahan pentas secara langsung bagi memeriahkan detik peralihan tahun.

Berikut tujuh pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang yang boleh dikunjungi:

1. KLCC (Kuala Lumpur City Centre)

Konsert, countdown dan bunga api.

Artis: Datuk Zainal Abidin, Alpha, Dennis Lau, Hafiz Suip, Joe Flizzow, Misha Omar, Nikki Palikat dan Vanessa Reynauld.

2. Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Countdown dan bunga api

Artis: Shila Amzah, Aina Abdul, Rezza Shah, Kidd Santhe, Vanessa Reynauld, KLP48, Danson Ooi, Penny, Belle Sisoski, The Kuans, Nazu dan Euzen.

3. The Exchange TRX Mall, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur

Countdown, bunga api dan Mini Light Show

Rancang lebih awal untuk pilih lokasi sesuai sempena Sambutan Tahun Baharu 2026.

4. Sunway Velocity, Cheras, Kuala Lumpur

Konsert, countdown dan bunga api

Artis: Masdo, Layla Sania, Annabella, KIIRAS dan DJ Blink

5. Lalaport BBCC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Konsert, countdown dan bunga api

6. Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor

Konsert, countdown dan bunga api

7. The Curve, Mutiara Damansara, Selangor

Konsert, countdown dan bunga api

Artis Lokal Stage (3 petang hingga 7 malam): Disko Santan, Jemson, Loko band, Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Empty Stage

Artis Countdown Stage (8 malam sampai countdown): K-Clique, Insomniac, Bunga Isme, Drama Band, Elizabeth Tan, Hazama dan Jemput Dengar

Dengan pelbagai pilihan lokasi dan konsep sambutan, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan keselamatan bagi memastikan sambutan tahun baharu berlangsung dengan selamat dan lancar.

Sementara itu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel hingga pukul 2 pagi bersempena sambutan ambang tahun baharu 2026 pada Rabu, 31 Disember.

Manakala perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway serta beberapa laluan bas terpilih dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand (ROD) akan beroperasi hingga pukul 2.30 pagi pada 1 Januari 2026.

Artikel Lain