suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Baru sejam makan dah meraung lapar!” - Pengasuh pening anak asuhan kerap minta diisi perut, upah tak sampai RM500

Menjaga anak asuhan bukan satu tugas mudah. -Gambar hiasan AI

WAKTU makan merupakan antara rutin yang perlu diatur oleh pengasuh, terutamanya apabila anak-anak berada dalam jagaan dari awal pagi hingga ke lewat petang.

Namun, rutin itu boleh bertukar menjadi ujian kesabaran apabila kanak-kanak kembali meminta makanan tidak lama selepas menjamu selera, seperti yang dikongsikan seorang pengasuh ini.

"Penatlah, dari pukul 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari... dah tiga hingga empat kali minta makan," luahnya di Thread.

Tanpa memperincikan jenis makanan mahupun jumlah kanak-kanak di bawah jagaannya, wanita ini memberitahu bahawa kesemua mereka dijaga bermula pukul 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Pengasuh seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap anak asuhannya. -Gambar hiasan

Pengasuh seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan setiap anak asuhannya. -Gambar hiasan 

Dalam tempoh tersebut, anak jagaannya sering menangis meminta makanan selain mengadu lapar walaupun baru sejam selesai makan.

"Selepas satu jam makan, meraung nak makan lagi. Katanya lapar," adunya berkongsi situasi yang dihadapi.

Menjelaskan mengenai rutin harian yang ditetapkan, wanita itu berkata dia kebiasaannya menyediakan makanan tiga hingga empat kali sehari untuk anak-anak tersebut.

Walaupun menegaskan dia tidak pernah berkira mengenai bab makanan, jumlah permintaan yang melebihi kebiasaan itu membuatkannya mula ragu-ragu dengan corak pemakanan anak jagaannya.

  • Seorang pengasuh meluahkan rasa penat apabila anak jagaannya kerap meminta makanan dalam tempoh setengah hari.
  • Kanak-kanak itu dijaga dari pukul 7 pagi hingga 7 malam dan ada kalanya menangis meminta makanan walaupun baru sejam selesai makan.
  • Pengasuh itu biasanya menyediakan makanan tiga hingga empat kali sehari.
  • Menurutnya, bayaran jagaan tidak melebihi RM500 bagi setiap kanak-kanak.
  • Warga maya mencadangkan pengasuh berterus terang dengan ibu bapa supaya mereka boleh menyediakan bekal tambahan.

Tambahan pula, bayaran yang dikenakan tidak melebihi RM500 sebulan bagi seorang kanak-kanak.

"Bukan berkira tapi agak-agaklah sebab upah pun bukanlah dibayar RM1,000 seorang yang nak makan sampai 10 kali sehari," luahnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dengan pelbagai persepsi berkenaan jenis makanan serta corak penjagaan yang disediakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan suruh masak pun” - Wanita sakit hati sikap berkira pengasuh, enggan tolong lenyekkan buah untuk anak

Dalam pada itu, golongan ibu bapa turut tampil memberikan saranan dan berkongsi pengalaman menguruskan anak-anak yang mempunyai selera makan berlebihan.

"Saya tanya pengasuh sama ada anak saya kuat makan atau tidak, pengasuh cakap auto kuat makan kalau dia suap. Jadi saya bekalkan 10 kilogram beras.

"Cuba minta dekat mak ayah mereka supaya bekalkan makanan lebih dan berterus terang.

"Sarapan pagi bihun goreng, makan tengah hari nasi campur masak lemak kobis dan ayam goreng, petang pula makan cekodok atau roti dan buah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain