PENGASUH merupakan individu paling diletakkan kepercayaan oleh golongan ibu bekerja terutama mereka yang memiliki anak kecil.
Bagaimanapun, tidak semua pengasuh mempunyai sikap menyenangkan seperti diharapkan.
Seorang wanita berdepan situasi menjengkelkan apabila sering dihubungi pengasuh sepanjang tempoh dia bekerja.
Lebih membangkitkan kemarahan apabila panggilan tersebut dibuat untuk perkara remeh misalnnya untuk memberitahu anaknya buang air besar.
"Kali ini pengasuh betul-betul menguji kesabaran, anak aku umur sembilan bulan berak, dia 'spam' chat maklumkan kat aku.
Mengasuh kanak-kanak memerlukan kesabaran. -Gambar hiasan
"Kau nak aku yang tengah kerja ni balik basuh ke atau nak anak aku pergi basuh sendiri.
"Ingatkan budak tu berak berdarah, lainlah ceritanya," luah wanita tersebut,marah.
Menurut wanita ini, pengasuhnya juga seolah-olah tidak mempunyai 'common sense' apabila menyerahkan anak dalam keadaan comot selepas dia pulang bekerja.
Bukan itu sahaja, dia turut didakwa bersikap acuh tidak acuh semasa menjaga bayi.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dalam pantang lega dapat pengasuh luar biasa rajin! Bukan setakat baju, selipar anak pun dibasuh... Siap tawar diri kerja hujung minggu
ARTIKEL BERKAITAN: Tanya kesan calar pada anak... Wanita tak sangka pengasuh takut, terasa hati! Terus 'resign', suruh cari pengganti
"Aku ambil anak dengan rasa tidak bersalah, bagi anak aku dalam keadaan mulut comot berkuping. Aku tanya, makan ke tapi dia cakap baru bangun tidur.
"Dia bagi anak aku dalam keadaan tak cuci mulut dan tangan dulu... padahal dah cakap anak aku eczema (sakit kulit)," tambahnya, geram.
Pada masa sama dia turut meluahkan rasa hairan apabila anaknya sering menangis teresak-esak ketika dijemput pulang ke rumah.
Malah kata wanita ini, dia melihat anaknya seolah-olah fobia sehingga tidak sedar kehadirannya dan suami.
Tolong jangan hantar dah, faham kena kerja tapi kalau sampai anak jadi fobia macam tu, mesti sesuatu serius berlaku.
WARGA MAYA
"Dalam masa dua minggu ni, dua kali aku pergi ambil anak menangis teresak-esak sampai dalam kereta separuh jalan pun dia macam fobia, tak perasan mak dan ayah dia dah ambil.
"Apabila aku tanya, kenapa anak menangis, dia (pengasuh) boleh jawab 'tak tahu'... sumpah aku rasa macam nak lempang muka dia.
"Bukan nak cakap aku terpaling kenal anak, tapi anak aku ni kalau kena marah pun dia buat tak tahu melainkan sakit atau tersangat lapar," luahnya lagi.
Menurut wanita ini, perkara yang paling mengejutkan adalah susu formula yang dibekalkan kepada pengasuh lambat habis, sedangkan di rumahnya sudah digunakan hampir dua kilogram.
Warga maya berkongsi pengalaman dan nasihat masing-masing.
"Aku pelik, rumah aku susu dah habis 1.8 kilogram tapi dekat dia 600 gram pun tak habis-habis," tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai menasihatkan supaya dia mencari pengasuh lain kerana bimbang anak didera secara mental.
"Tukar segera, saya pernah macam ni, saya tukar lima kali sebelum saya jumpa yang betul-betul ikhlas jaga.
"Lebih baik cari macam mak-mak tapi sebelum tu pergi melawat rumah pengasuh dulu, tengok macam mana tahap kebersihan dan berapa orang yang dijaga.
"Red flag dah ni sis, cepat tukar pengasuh. Saya pun ada pengalaman macam ni, kita dah bagitahu nak ambil anak dalam sekian-sekian waktu, masa ambil tu tahi anak kering kontang dengan bau masam.
"Tolong jangan hantar dah, faham kena kerja tapi kalau sampai anak jadi fobia macam tu, mesti sesuatu serius berlaku," demikian antara nasihat warga maya.