suria

Ibu dalam pantang lega dapat pengasuh luar biasa rajin! Bukan setakat baju, selipar anak pun dibasuh... Siap tawar diri kerja hujung minggu

Setiap pengasuh diberi tanggungjawab untuk menjaga anak-anak majikan dengan baik. -Gambar hiasan

PENDEDAHAN di media sosial tentang kes penderaan dan cuai membabitkan pengasuh membuatkan ramai ibu bapa berasa takut untuk membiarkan anak masing-masing dijaga orang luar.

Namun tiada pilihan lain memandangkan pasangan suami isteri keluar bekerja dan memerlukan anak mereka dijaga dan dipantau setiap masa.

Namun di sebalik ketakutan itu, seorang wanita tidak menyangka masih ada pengasuh yang benar-benar berdedikasi dan melakukan tanggungjawabnya dengan baik.

Selain menjaga anak, pengasuh yang juga membasuh pakaian anak majikan. -Gambar hiasan

"Pengasuh dari syurga. Skop kerja dia, mengasuh si adik dan ambil kakak balik dari sekolah serta transit rumah dia.

"Selain mengasuh dua beradik itu, pengasuh juga membasuh pakaian seragam sekolah si kakak, menggosoknya menggunakan seterika serta digantung menggunakan penyangkut baju," kongsinya di laman sosial.

Bukan sekadar itu, wanita berkenaan turut memuji pengasuhnya yang turut melakukan pelbagai tugas lain demi memudahkannya sebagai ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanya kesan calar pada anak... Wanita tak sangka pengasuh takut, terasa hati! Terus 'resign', suruh cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkedu lihat bayinya berpanas di khemah ikan bakar bazar, pengasuh kantoi bisnes cari duit raya

"Dia basuh baju harian siap lipat, basuh kasut sekolah, basuh selipar dan basuh bantal busuk.

"Memang ekstra luar biasa. Saya sendiri pun tak basuh selipar anak sebab tak sempat. Tapi pengasuh sempat pula," katanya tanpa memperincikan butiran peribadi atau latar belakang pengasuh berkenaan.

Malah menurutnya, pengasuhnya turut memastikan anak-anaknya cukup makan sepanjang berada dalam jagaan wanita itu.

"Dia bagi makan nasi sampai berat anak sis," ujarnya.

Orang macam ni kita kena betul-betul hargai dia... beruntung ada orang sudi mudahkan urusan kita.

NETIZEN

Masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak, dia turut terharu apabila pengasuh tersebut sedia berkhidmat pada waktu dia sepatutnya berehat.

"Hujung minggu pun offer nak jaga sebab saya tengah pantang, suami pula outstation dua hingga tiga minggu.

"Tak pernah lagi jumpa manusia ada empati macam dia. Tak lokek langsung tenaga. Moga Allah memberkatinya," katanya yang mahu menaikkan upah kepada pengasuh berkenaan di atas tugasnya yang amat memberangsangkan.

Wanita yang dalam tempoh berpantang memerlukan penjagaan rapi. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan hantaran wanita itu yang menghargai jasa pengasuhnya.

Mereka turut berpandangan bahawa mempunyai pengasuh yang baik juga merupakan salah satu rezeki.

"Rezeki betul jumpa orang yang baik-baik.

"Jaga dan hargai dia tau. Jadikan dia sebahagian daripada famili awak. Kalau awak tak berkira dengan dia, dia beribu kali takkan berkira dengan awak dan akan sayang anak-anak macam anak sendiri.

"Orang macam ni kita kena betul-betul hargai dia. Sayang sangat kat pengasuh macam ni sebab pengasuh sis ni memang ekstra (luar biasa). Beruntung sangat ada orang sudi memudahkan urusan kita," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain