MENELUSURI kehidupan berumah tangga, seorang isteri wajib mentaati suaminya selagi tidak bercanggah dengan agama.
Namun, para suami janganlah mengambil kesempatan terhadap ketaatan itu dengan sentiasa menyuruh isteri melakukan pelbagai perkara.
Dalam masa sama seorang lelaki memberi peringatan kepada para isteri supaya pandai dalam melayan suami agar mereka tidak gigit jari di kemudian hari.
Kerja menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri sepenuhnya. -Gambar hiasan
"Isteri yang tak melayan suami akan kalah dengan wanita di luar yang pandai melayan lelaki.
"Contohnya mereka makan tengah hari bersama, wanita tu tolong koyakkan sos dan tolong tuangkan dalam burger.
"Hati-hati, lama-lama suami kamu akan tewas," katanya menerusi perkongsian di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari - “Saya tunaikan sampai melecet!”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak tahan jadi ‘hamba’ isteri, rasa nak bercerai! Buntu dapat pasangan tak taat - “Dia kata tugasnya lahirkan anak je”
Tambahnya, contoh yang diberikan itu bertujuan mengingatkan para isteri untuk menghargai suami masing-masing.
"Layan la suami mu walaupun kamu rasa ianya sekecil-kecil perkara, tetapi ia akan buat suami mu rasa dihargai dan mereka akan lebih menyayangi isteri," katanya.
Lontaran nasihat berkenaan ternyata mengundang reaksi kurang senang warga maya khususnya kaum wanita.
Setakat koyakkan sos cili dah tercurang, lemah benar.
NETIZEN
Susulan itu lelaki berkenaan dihujani pelbagai soalan dan sindiran termasuk berkaitan hal peribadinya sendiri.
"Tiga bini abang tu tak pernah buatkan (koyak pek sos) ke bang? Jadi ini masanya untuk cari yang keempat?," tanya netizen.
"Alhamdulillah, isteri-isteri saya memang isteri dari syurga. Belum masanya lagi untuk cari yang keempat," balasnya.
Pandangan lelaki itu menarik perhatian warga maya terutama wanita untuk 'menyerangnya'.
Reaksi netizen
"Koyak sos pun kau tewas belum koyak perut, koyak bawah nak keluarkan zuriat kau.
"Habis kalau abang gas hantar tong kat rumah, isteri patut tewas juga ke sebab ye la gagahnya angkat tong.
"Yang sibuk nak makan bersama dah kenapa? Lupa diri ke dah ada bini? Lemah la kalau koyak sos paket pun boleh tewas.
"Setakat koyakkan sos cili dah tercurang, lemah benar. Elok melingkup je la dengan perempuan yang setakat pandai koyakkan sos cili," katanya.