suria

Suami tak tahan jadi ‘hamba’ isteri, rasa nak bercerai! Buntu dapat pasangan tak taat - “Dia kata tugasnya lahirkan anak je”

Seorang suami merasakan dia seperti hamba apabila perlu membuat segala kerja di rumah.

KEHIDUPAN sebagai suami isteri bukanlah mudah sekiranya tiada sikap bertolak ansur dan saling memahami.

Seperti lelaki ini, dia mengakui mengalami tekanan perasaan kerana perlu melakukan tugas harian di rumah meskipun selepas pulang dari pejabat.

Tambahan pula isterinya beranggapan kerja rumah adalah tanggungjawab suami semata-mata berikutan terpengaruh dengan perkongsian netizen di media sosial.

"Isteri aku termakan benda dekat sosial media kata kerja rumah tanggungjawab suami, aku macam tak ada kuasa langsung.

Wanita merasakan tugasan di rumah bukanlah tanggungjawabnya. -Gambar hiasan

Wanita merasakan tugasan di rumah bukanlah tanggungjawabnya. -Gambar hiasan The Star

"Aku cakap dia kena taat suami, mak aku datang melawat pun tegur... dia cakap pada mak aku yang semua tu tanggungjawab suami," luahnya yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Situasi yang berlaku itu menyebabkan dia ingin bercerai dengan isterinya namun keputusan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang mengganggu perasaan anak-anak.

Lelaki ini turut mengakui isterinya bukan sahaja tidak membantu malah enggan melakukan segala kerja rumah.

"Bukan aku tak tolong, aku buat semua kerja tapi dia memang tak mahu buat langsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkira, isteri tak boleh mengadu penat buat kerja rumah sebab dah diberi nafkah - “Boleh ke saya kata letih bayar rumah bulan ni?”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu tak berminat tolong kemas rumah mentua walau menumpang... Selamba beri alasan bukan kediaman sendiri

"Aku tak tahu macam mana lagi, apabila aku tanya direct apa salah aku... dia tak bagitahu," katanya lagi.

Disebabkan itu, dia merasakan kehidupannya selepas berkahwin seumpama zaman bujang kerana perlu melakukan segala kerja rumah sendirian.

Lebih menyedihkan apabila isterinya tidak mengambil peduli sekiranya dia sakit mahupun demam.

"Orang cakap kahwin tu best, tapi aku tak rasa benda tu. Adakah sebab aku kahwin tanpa bercinta, jadi aku tak tahu cara dia cinta.

Perempuan dengan sosial media, bahaya sebab jenis mudah terpengaruh.

WARGA MAYA

"Aku ada tanya sama ada dia sayang aku atau tidak tapi dia jawab sayang," katanya yang kini merasakan diri seolah-olah seorang hamba.

Mana tidaknya, isterinya juga enggan mengandung lagi dan sentiasa mengikut emosi semata-mata.

"Dia kata lahirkan anak je tugas dia... masalahnya anak pun dia rancang. Nak bersama apatah lagi, ikut mood dia je. Bila aku nak dia tolak," katanya.

Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar Twitter yang beranggapan lelaki terbabit seperti terburu-buru untuk bercerai.

"Macam terburu-buru. Kau fokus pada diri, usaha berjemaah di surau dan bersenam.

Antara reaksi dan pandangan warga maya.

Antara reaksi dan pandangan warga maya.

"Tak payah harap kat isteri untuk improve diri, bab kemas rumah tu kalau tak ada orang buat sepah... tak penat mana pun.

"Pesan supaya jangan sepahkan dan create a system," ciapnya.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya turut memberi pandangan masing-masing dan kebanyakan meminta lelaki terbabit untuk bertegas dengan isteri.

"Bertegas dan tag isteri pada video-video keagamaan. Memang semua tu tugas suami, tapi kalau suami arah untuk buat... isteri kena buat selagi tak bertentangan dengan Islam.

"Bang delete semua sosial media dia. Perempuan dengan sosial media, bahaya sebab jenis mudah terpengaruh.

"Rujuk bahagian syariah, minta kaunseling keluarga atau bawa kisah-kisah daripada sirah dan bagitahu tentang layanan isteri pada suami," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain