suria

Pelajar Malaysia kesal ahli BTS kongsi lagu Islamofobia! Lagi teruk ada peminat pertahan artis kesayangan, tak setuju disuruh mohon maaf

Maisarah kesal anggota BTS berkongsi lagu berunsurkan Islamofobia.

AHLI kumpulan K-pop BTS, Kim Namjoon atau RM menerima kritikan ramai selepas dia memuat naik lagu Bad Religion nyanyian asal Frank Ocean menerusi Instagram miliknya, baru-baru ini.

Tindakannya itu turut mendapat perhatian pelajar bidang Kejuruteraan Kimia dari Univeristi Teknologi Petronas, Maisarah Jedin yang memuat naik video kekesalannya menerusi TikTok sehingga meraih lebih sejuta tontonan.

"Ya Allah, geram sangat guys. Lagu Islamofobia telah dikongsi oleh seorang penyanyi famous K-pop tau. Namjoon upload Instagram Story yang dia ni dengar lagu Bad Religion.

rm

Namjoon memuat naik lagu Bad Religion nyanyian Frank Ocean ke Instagram Story miliknya baru-baru ini.

"Lagu ini menunjukkan unsur Islamofobia. Ia bertentangan dengan agama kita sebenarnya, sangat tak patut berlaku," ujarnya.

Apa yang lebih menyedihkan, Maisarah berkata ada segelintir peminat seolah-olah tidak sensitif dengan isu itu, bahkan turut mempertahankan tindakan penyanyi kesayangan mereka.

"Benda ni dah menimbulkan kontroversi dalam kalangan peminat K-pop, mereka dah minta dan paksa Namjoon minta maaf. Lagi menyedihkan, ada K-pop fans yang cakap Namjoon tak patut minta maaf sebab dia hanya upload Instagram Story," ujarnya.

Saya geram juga sebab tiba-tiba lagu Islamofobia ini diangkat semula oleh orang yang famous dan orang tu ada ramai fans Muslim.

MAISARAH JEDIN

Bercakap kepada mStar, Maisarah berkata dia terpanggil untuk bersuara kerana mahu memberi kesedaran kepada anak muda, khususnya berkaitan isu Islamofobia.

"Seperti kita tahu, anak muda zaman sekarang ramai yang meminati K-pop, jadi ini merupakan salah satu isu untuk kita lebih berjaga-jaga dalam memilih siapakah yang kita idolakan, terutama sebagai seorang Muslim.

"Pesanan saya, kita nak berhibur boleh, cuma sebagai Muslim kita perlu jaga batasan. Bila berlebihan, kita dah melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah. Allah buat segala sesuatu peraturan ada sebabnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur... Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian haters BTS nak kena baca” - Army Malaysia terlebih ‘excited’ jawab kertas BI percubaan SPM, soalan tentang konsert pun ada!

"Dan bila kita buat sesuatu yang kita suka, belum tentu baik untuk kita. Yang kita rasa betul, belum tentu baik untuk kita," ujarnya lagi.

Maisarah turut memberi peringaran kepada orang ramai agar bijak memilih individu untuk diidolakan kerana semuanya bakal dipersoalkan di akhirat kelak.

"Kita nak kena pilih betul-betul siapa idol kita sebab dekat akhirat nanti kita akan dikumpul dengan orang yang kita cintakan dan idolakan. Untuk seorang Muslim, berfikir-fikirlah kita nak minat K-pop atau siapa, sebab semuanya akan dibalas di akhirat nanti.

mai

Video Maisarah terima lebih sejuta tontonan di TikTok.

"Kalau sampai tahap melibatkan agama, kita tak patut berkompromi lagi Saya geram juga sebab tiba-tiba lagu Islamofobia ini diangkat semula oleh orang yang famous dan orang tu ada ramai fans Muslim. Benda ni jangan dibiarkan sampai tak terbela," ujarnya lagi.

Video Maisarah yang tular di TikTok turut dihujani hampir 5,000 komen netizen yang turut bersetuju dengan apa yang disuarakannya.

Untuk rekod, Namjoon atau RM merupakan penyanyi rap bagi kumpulan BTS yang popular dengan lagu Dynamite, Fake Love dan banyak lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain