suria

[V] Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur... Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV!

Seorang lelaki menunjukkan barangan dikumpul isteri yang meminatik kumpulan artis Korea.

SUDAH menjadi kebiasaan bagi peminat fanatik K-pop untuk mengumpul barangan cenderamata atau merchandise idol kesayangan mereka.

Koleksi peribadi ini biasanya menelan kos yang tinggi selain mengambil masa yang lama.

Namun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi para peminat yang fanatik terhadap artis Korea Selatan.

Adakalanya minat mereka ini dibawa sehingga ke alam perkahwinan!

Perkara sama berlaku terhadap lelaki ini apabila dia mendirikan rumah tangga dengan salah seorang peminat K-pop yang mengumpul pelbagai koleksi cenderamata.

Ujar pengguna TikTok dengan nama @syznld, isterinya menyusun semua koleksi cenderamata kumpulan BTS di rak khas yang terletak di dalam bilik tidur mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Malaysia duduki tangga ke-10 obses dengan K-pop di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja reda koleksi K-pop dibakar, faham bapa orang alim tak suka hiburan... Harap netizen tenang, tetap hormat mak ayah

"Untuk anda yang plan nak kahwin, anda kena pastikan girlfriend tak minat dengan K-pop.

"Kalau dia masih minat lepas kahwin, jadi macam bilik kami ni.

"Nah kau! Macam-macam gambar Korean mana dia letak ni," katanya menerusi video room tour yang dikongsikan di TikTok.

IMG_0490

Antara koleksi cenderamata K-pop milik isterinya.

Dalam video tersebut, lelaki ini menunjukkan keadaan pelbagai jenis cenderamata termasuk lukisan foto anggota BTS yang disusun rapi di atas rak.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan ialah luahan lelaki ini tentang kedudukan foto perkahwinan dia dan isteri.

"Lepas tu kau tengok gambar kahwin kami dekat mana... belakang TV bang! Tak nampak pun album kami.

Dia minat sahaja, kahwin tetap dengan encik juga... jadi enciklah 'win'.

NETIZEN

"Ni (Merchandise) kalau masuk bilik terus nampak.

"Besar muka dia tu. Siapa nama dia... Jung Kook? Aku tak tahulah," katanya lagi.

Sementara itu menerusi video lain yang dikongsikan, lelaki berkenaan juga dilihat 'berani' untuk mengusik isterinya dengan cuba mengalihkan beberapa koleksi yang disusun rapi.

IMG_0495

Lelaki ini menunjukkan koleksi foto perkahwinan mereka yang hanya diletakkan di belakang TV.

"Okey jom kita kacau sikit tengok apa jadi.

"Nanti kalau dia marah... kalau aku tak buat video dah faham-faham je la," katanya sambil mengalihkan kedudukan beberapa koleksi dengan memakai sarung tangan.

Menjengah di ruangan komen video tersebut, ramai yang terhibur malah menyatakan bahawa lelaki ini seorang suami bertuah kerana 'dipilih' oleh isterinya.

Antara komen netizen di TikTok.

"Tu kawasan larangan bang. Tengok boleh sentuh jangan takut nanti tidur luar.

"Dia minat sahaja. Kahwin tetap dengan encik juga. Jadi enciklah 'win'.

"Abang kena faham... abang lelaki ke lapan yang dia suka. Jadi tempat abang dekat belakang TV saja," ujar netizen di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan