suria

Bau kepam, tuala basah bercapuk tahi lalat atas tilam! Wanita menyesal curi-curi masuk bilik tunang... “Sekarang saya geli tengok dia”

Pengadu baru sedar mengenai sikap pengotor tunangnya. (Gambar Hiasan)

FASA pertunangan sememangnya penuh dengan dugaan, malah ia juga memberi peluang untuk kita mengenali pasangan dengan lebih mendalam.

Terbaharu, seorang individu membuat pendedahan mengenai sikap pengotor tunangnya sehingga membuatkan dia ragu-ragu untuk melangkah ke fasa seterusnya.

"Saya dah tunang hampir setahun dan rancang nak sanding awal tahun depan. Kisahnya kejadian makan malam dekat rumah bakal mentua mengubah persepsi saya terhadap tunang.

553 (8)

Pengadu kini ragu-ragu untuk melangkah ke fasa perkahwinan. (Gambar Hiasan)

"Tak tahulah kenapa malam tu, saya buat keputusan untuk menyelinap masuk ke bilik tunang saya. Saja nak tengok-tengok. Tapi saya menyesal tau," ujarnya memulakan luahan.

Sambung pengadu, dia bukan sahaja terkejut, malah berasa loya melihat keadaan bilik tunangnya yang kotor dan berbau busuk.

"Saat saya buka pintu, bau kepam sangat menyucuk hidung. Bau basah ke bau rokok atau bau orang tak mandi bercampur pekat begitu. Busuk!

Sekarang bila dia dekat-dekat saya jadi meremang. Geli-geleman.

PENGADU

"Apabila saya buka lampu, bilik dia bersepah sangat. Cup mi segera dan tin air kosong merata atas meja dan lantai. Tuala dah bercapuk tahi lalat atas tilam dan saya rasa tuala tu basah.

"Saya rasa dia tak pernah buka buka tingkap bilik. Boleh bayang tak kepamnya bau tu," ujar pengadu yang dipercayai seorang wanita.

Menurutnya lagi, kejadian berkenaan membuatkan persepsinya berubah, malah dia risau bagaimana nasibnya selepas mereka mendirikan rumah tangga kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda stres dapat 9 housemates pengotor! Kuali 2 bulan tak basuh, tak peduli pinggan kotor dibuang luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

"Jadi sekarang saya jadi geli tengok dia. Dia memang nampak kemas tapi tak sangka macam tu sekali bilik tidur dia.

"Sekarang apabila dia dekat-dekat saya jadi meremang. Geli-geleman. Macam mana ni nak kahwin dengan orang pengotor?" ujarnya lagi.

Pengadu berkongsi luahan hatinya kepada pemilik akaun @ConfessTweetMY sebelum ia dimuat naik ke laman Twitter.

Rata-rata netizen turut memberikan pendapat mengenai sikap pengotor tunang pengadu dan memberi beberapa saranan untuk menyelesaikan kekusutan itu.

553 (7)

Ramai netizen memberi saranan agar dia memutuskan hubungan dengan tunangnya yang pengotor. (Gambar Hiasan)

"Berterus terang. Kalau dia sayang betul dia akan berubah sebelum kahwin. Sila jangan harap mereka akan berubah apabila dah kahwin.

"Bukan nak cakap tak boleh terima kekurangan pasangan ke apa. Tapi tahap pengotor kepam macam ni kau kena fikir masak-masak sebab kau yang nak sehidup semati dengan dia.

"Itulah kita takkan betul-betul mengenali seseorang melainkan kita tinggal sekali dengan dia, tidur sebantal. Dalam berkawan macam tu juga.

"Bincang la mengenai kebersihan dengan tunang awak. Kalau dia tak nak berubah, bertunang boleh putus," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain