suria

Pemuda stres dapat 9 housemates pengotor! Kuali 2 bulan tak basuh, tak peduli pinggan kotor dibuang luar rumah

Izzat membuang pinggan kotor yang ditinggalkan oleh rakan serumah lain di luar jendela.

PENYEWA yang mengutamakan kebersihan sangat penting dalam memastikan keselesaan dan keharmonian hidup di rumah sewa.

Siapa yang tak tertekan jika terpaksa tinggal bersama rakan serumah yang pemalas dan pengotor.

Namun, begitulah 'azab' yang terpaksa ditanggung seorang jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Izzat,19, apabila terpaksa berdepan situasi malang ini di rumah sewanya di Taman Pagoh Jaya 3, Johor, ketika menetap bersama 13 penyewa lain.

Menurut Izzat, keadaan ini yang berlaku sejak dia belajar di semester pertama membuatkan dirinya berang dan tidak teragak-agak mencampak pinggan-pinggan yang tidak dicuci ke luar rumah.

"Video tu dah lama saya ambil. Dari semester satu lagi housemate susah nak cuci pinggan sendiri selepas mereka makan. Saya dah banyak kali tegur sebelum ni.

"Biasanya, sebelum dan selepas makan memang muka sama je yang ke sinki untuk bersihkan dapur dan cuci pinggan padahal kami makan sama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar periuk berulat, tandas tak flush... kasihan, pelajar degree niat nak balas dendam akhirnya buka aib sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengoklah, siapa buat sepah? Siapa pengotor?” - Seminggu balik kampung, ketua rumah ‘bongkar’ ada juga orang Kelantan yang bersih!

"Pernah satu hari tu kuali bekas masak mi segera mereka tak basuh selepas guna. Sisa kotoran ditinggalkan terlalu lama sampai berulat. Saya malas nak tegur banyak kali jadi saya terus campak ke luar tingkap. Masa tu mereka semua dekat tingkat atas," ujarnya.

Imbas Izzat yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Johor, paling menjijikkan apabila kuali dibiarkan tidak dicuci selama dua bulan.

Dia yang kini berada di semester tiga pengajian dalam jurusan Jurutera Petrokimia berkata, sinki pada ketika itu menjadi berkeladak dengan sisa makanan sehingga mengeluarkan bau busuk di dapur rumah.

Izzat menceritakan pengalaman hidup di rumah sewa bersama 13 penghuni lain.

"Pernah dulu paling lama mereka biar tak basuh kuali sampai dua bulan. Saya dan beberapa rakan yang tak tahan dengan keadaan ini terus buang kuali tu dalam plastik sampah.

"Selalunya saya yang akan buang sampah, tapi ada juga hari rakan serumah yang pembersih tolong buang. Semua penyewa dalam rumah ni student sama macam saya tapi hanya lima orang sahaja 'pembersih'. Yang lain memang semua pengotor.

Bila sampai ada haiwan perosak ni maksudnya rumah tu kotor. Dapur tu dah sampai jadi macam sarang lipas.

IZZAT

"Ada kes sebelum ni sampai lipas masuk dalam kabinet dapur. Bila ada haiwan perosak ni maksudnya rumah tu kotor. Dapur tu dah jadi macam sarang lipas. Mula-mula menyewa dulu saya rajin bersihkan, tapi lama kelamaan jadi malas sebab esoknya akan berselerak semula," katanya.

Berikutan perkongsian Izzat di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman menyewa dengan rakan serumah yang pengotor di ruangan komen.

"Kalau saya cuma basuh pinggan yang saya pakai saja. Pertama kali okay nak tolong tapi lama-lama ambil kesempatan pula dekat kita.

Izzat berpindah rumah setelah tidak tahan dengan housemate pengotor.

"Saya akan buat perkara sama. Pernah sekali saya letak periuk mi segera depan pintu bekas rakan serumah. Dia tergesa-gesa nak pergi dating. Sekali pang! (bunyi periuk kena sepak)," komen beberapa netizen.

Menurut Izzat, dia bagaimanapun sudah keluar dan tidak lagi menyewa di rumah tersebut sejak awal Ogos.

Penyewa lain yang Izzat anggap sebagai 'pembersih' turut mencari rumah sewa baharu kerana tidak tahan berdepan dengan situasi sama.

Komen netizen di TikTok.

Izzat juga berpandangan bahawa rakan-rakan rumah sewanya terdahulu 'mempunyai rupa' namun pemalas.

"Macam kapsyen saya tulis tu, bolehlah... mereka masing-masing memang ada rupa.

"Tapi apa yang boleh saya katakan adalah, hidup perlu ada common sense. Biar tak handsome asalkan pembersih!

"Saya post video tu saja-saja tapi tak sangka pula viral sampai macam ni. Rupanya ramai ada pengalaman sama macam saya. Lepas post video tu mereka (housemate) tak ada cakap apa-apa lagi pada saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain