Biar periuk berulat, tandas tak flush... kasihan, pelajar degree niat nak balas dendam akhirnya buka aib sendiri! - Viral | mStar

Biar periuk berulat, tandas tak flush... kasihan, pelajar degree niat nak balas dendam akhirnya buka aib sendiri!

Kebersihan rumah perlu dititik beratkan terutamanya jika berkongsi kediaman bersama rakan. Gambar Hiasan

MEMANG azab! Siapa tak sakit hati kalau tinggal dengan rakan serumah yang pengotor dan pemalas? Lagi naik angin jika dia langsung tak ada rasa bersalah.

"Sudahlah tak reti nak mengemas, lepas makan periuk tak basuh, tandas? Hmm jangan cakaplah...." luah seorang gadis tentang sikap rakan serumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengoklah, siapa buat sepah? Siapa pengotor?” - Seminggu balik kampung, ketua rumah ‘bongkar’ ada juga orang Kelantan yang bersih!

Gadis berkenaan, Ain Natasha menyewa kediaman khas yang disediakan oleh pihak universiti bersama sembilan rakan sekuliahnya di ibu kota.

Posting yang dimuatnaik gadis ini mendapat perhatian ramai.

Posting yang dimuatnaik olehnya di Twitter pada Isnin tular dengan kapsyen, 'housemate pengotor dan pemalas nak mampus'.

Menurut Ain Natasha, tidak sekadar barangan dibiarkan bersepah serta periuk nasi tidak dicuci, tandas pun tidak dipam! Ia bukan sahaja datang dengan 'pakej' bau tetapi juga mengundang sakit mata serta sakit hati.

"Mula-mula tu OK lagi tapi bila dah lama-lama benda ni macam dah terbiasa bagi mereka. Ye lah, kita pun ada masa penat. Tak larat nak kemas. Tapi kalau sampai dah macam ni punya pengotor siapa boleh tahan kan?

"Sudahlah dulu masa diploma dapat rakan sebilik yang pengotor, sekarang pun kena hadap lagi," katanya ketika dihubungi mStar.

Periuk nasi yang ditinggalkan hingga berkulat oleh rakan rumahnya.

Lebih mesra disapa sebagai Ain, dia menjelaskan penting sebenarnya untuk memastikan persekitaran rumah dalam keadaan yang bersih malah kebersihan itulah yang melambangkan identiti seseorang terutamanya wanita.

"Itu common sense kot, bukan tinggal sorang-sorang. Lepas guna tandas tu pam! Ini tak biar je tahi tu, bukan sekali tapi dah tiga kali saya kena. Lepas tu pinggan, mangkuk, kuali semualah lepas masak tak basuh, masak pula tak pernah nak kemas balik," luah gadis berusia 21 tahun ini.

Jelas Ain yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Elektronik di sebuah universiti tempatan, dia sering menegur sikap pengotor rakan serumahnya itu namun tidak diendahkan mereka.

Lepas tu kalau kemas rumah tu pun, jenis nak menunjuk. Ambil gambar hantar dalam grup rumah, bengang sebab saya selalu tegur.

AIN NATASHA

MAHASISWA

"Selalu saya tegur, kadang-kadang secara umum, dalam grup WhatsApp rumah. Selalu pesan, lepas makan basuh. Tapi mereka langsung tak ambil peduli, macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sakit hati betul.

"Mereka cakap saya jenis suka mencarut. Yelah salah saya. Tapi kalau tegur cara baik baik pun tak jalan, dia orang nak macam mana lagi? Masing-masing dah besar, takkan benda macam ni pun tak boleh nak buat, nak kemas. Dah degree pun masing-masing," katanya dengan kesal.

Tambah anak kelahiran Melaka ini, dia dan rakan serumahnya juga sering mengadakan perjumpaan untuk meluahkan rasa atau menegur tentang hal-hal berkaitan kebersihan rumah.

Namun tetap tiada apa-apa perubahan, ia seolah-olah sudah sebati dalam diri masing-masing selain tidak boleh terima teguran.

Tidak hanya itu, Ain juga turut dikeluarkan daripada grup WhatsApp rumahnya.

"Ada juga mereka kemas tapi itulah lepas sehari, pinggan tak pandai basuh juga. Lepas tu kalau kemas rumah tu pun, jenis nak menunjuk. Ambil gambar hantar dalam grup rumah, bengang sebab saya selalu tegur.

"Walaupun saya marah-marah, tegur-tegur pun saya tolong kemaskan. Cuci apa yang mereka sepahkan, tak ada pula nak menunjuk-nunjuk. Saya pun mengaku ada buat sepah, tapi tak ada sampai ganggu ruang orang," katanya.

Kongsi Ain lagi, dia sedikit terkilan dengan tindakan rakannya yang memuatnaik gambar bilik tidurnya yang bersepah di media sosial sebagai tanda tidak puas hati.

Kata gadis ini, itu merupakan ruangan privasinya dan tidak sepatutnya rakan rumahnya berbuat demikian.

Komen netizen menerusi posting yang dimuatnaik rakannya sebelum posting tersebut dipadam.

"Mungkin dia terlalu marahkan saya sebab itu dia buat macam tu nak balas balik. Tapi kena ingat saya tak ada pula beritahu nama dia, letak gambar privasi ke apa. Dalam posting tu saya hanya letak gambar periuk nasi yang berkulat sahaja. Tak ada sampai nak buka aib dia.

"Tapi dia sendiri yang buka aibnya, sampaikan semua orang kecam dia. Itu salah dia, bukan saya," ujarnya.

Walaupun begitu, Ain bersyukur kerana rata-rata netizen memberi respon yang positif serta memihak kepadanya.

Respons netizen.

"Girl, kalau berak tak reti flush jangan la sambung degree. Menyusahkan orang pula nak cuci berak kau. Even adik saya umur tiga tahun pun tahu uruskan dari awak! Sangat memalukan! 

"Mungkin lepas ini dia patut cedukkan tahi tu dan tempek ke muka awak! Ini untuk orang pemalas, pengotor, bod*h!" komen netizen menerusi posting tersebut.

Tambah gadis ini, dia juga dikeluarkan daripada grup WhatsApp rumahnya dan ingin sahaja dia keluar meninggalkan kediaman berkenaan tetapi apabila mengenangkan keluarganya telah membayar penuh sewa kediaman itu dia terpaksa pasrah.

pengotor , sepah , pemalas

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain