BEKAS pembantu peribadi pelakon mendiang Matthew Perry dijatuhi hukuman penjara selama 41 bulan selepas didapati terlibat dalam kes kematian aktor itu akibat pengambilan ketamin secara berlebihan.Menurut laporan BBC, hakim Sherilyn Garnett menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Kenneth Iwamasa dalam prosiding yang berlangsung di mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu. Iwamasa sebelum ini mengaku bersalah dan mendedahkan bahawa dia telah menyuntik Perry dengan dadah jenis ketamin atas permintaan pelakon berkenaan pada 28 Oktober 2023 sebelum keluar menjalankan urusan.Matthew ditemui meninggal dunia di kediamannya pada Oktober 2023.Lebih mengejutkan, Iwamasa yang tidak mempunyai sebarang latihan perubatan didakwa terus memberikan suntikan kepada Perry walaupun keadaan aktor itu semakin membimbangkan.Sekembalinya ke rumah, dia menemui bintang siri popular Friends itu tidak bernyawa di dalam tab mandi di kediamannya di Pacific Palisades, Los Angeles.“Saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku. Saya akan menanggung rasa bersalah ini sepanjang hidup,” katanya di mahkamah.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Friends’ Matthew Perry meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Guna ketamin rawat kemurungan, pengambilan dadah berlebihan punca kematian Matthew PerrySiasatan mendapati Perry, 54, menerima lebih 25 suntikan ketamin dalam tempoh beberapa hari sebelum kematiannya, termasuk tiga suntikan pada hari terakhir hidupnya.Laporan bedah siasat mengesahkan pelakon yang terkenal menerusi watak Chandler Bing itu meninggal dunia akibat kesan akut ketamin.Pada 28 Oktober 2023, Matthew ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah jakuzi di kediamannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!