KISAH cinta penyanyi Ayu Ting Ting kembali menjadi bualan selepas dia kini dilaporkan sedang rapat dengan seorang jejaka bernama Kevin Gusnadi.Tidak menafikan perkara tersebut, Ayu, 34, bagaimanapun enggan meletakkan sebarang status cinta bersama lelaki yang juga merupakan seorang ahli politik itu. Menguatkan lagi gosip mereka sedang hangat bercinta, Kevin juga dilihat hadir ke sebuah majlis keluarga Ayu.Ayu tidak menolak untuk kembali bertemu jodoh. "Sudah dilihat, maksudnya memang dekat dan tidak mengapa, kan? Kami teman rapat."Kebetulan sebelum ini, ada acara keluarga di rumah. Saya jemput dan dia boleh datang," katanya.Ayu dalam masa sama memberitahu anak perempuannya, Bilqis, tidak menghalang untuk dia berkenalan rapat dengan Kevin.ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting kembali temui cinta baharu, netizen ramal hubungan bakal kecundang lagi ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kenal terus tunang, Ayu Ting Ting dedah sebab pilih tentera jadi calon suamiBiarpun begitu, penyanyi lagu Sambalado ini menegaskan dia enggan terburu-buru untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan tersebut."Doakan sahaja, nikmati dahulu. Saya tidak mahu terburu-buru. Biar saling mengenali antara satu sama lain," jelasnya.Untuk rekod, Ayu pernah mendirikan rumah tangga dengan Henry Baskoro pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.Kisah cinta Ayu sering jadi perhatian ramai. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bilqis yang kini berusia 13 tahun.Ayu juga pernah mengikat tali pertunangan bersama seorang anggota tentera Indonesia pada Februari 2024, namun hubungan tersebut hanya bertahan selama lima bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!