PENGARAH filem Indonesia, Hanung Bramantyo mengakui kurang selesa apabila dipanggil dengan gelaran 'haji' walaupun sudah menunaikan ibadah tersebut bersama isterinya, Zaskia Adya Mecca kira-kira tiga tahun lalu.Menurut Hanung, ibadah haji bukanlah satu simbol status sosial, sebaliknya ia merupakan perjalanan kerohanian yang bersifat peribadi antara seorang hamba dengan Tuhan. Katanya, pengalaman menunaikan haji lebih kepada proses muhasabah diri untuk mengenal siapa diri sebenar dan memahami tujuan manusia diciptakan di muka bumi.Hanung tak selesa dengan gelaran haji.“Bagi saya, haji adalah proses mengenal diri dan memahami tujuan manusia diciptakan di muka bumi,” katanya.Dia juga mengakui masih belum layak untuk dipanggil dengan gelaran itu kerana merasakan dirinya masih jauh daripada menjadi insan seperti yang diharapkan oleh Tuhan.Tambahnya lagi, dia masih banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian, termasuk kadangkala berlaku tidak adil terhadap diri sendiri serta orang lain.Justeru itu, Hanung memilih untuk tidak menggunakan gelaran tersebut dalam kehidupannya.ARTIKEL BERKAITAN: Disihir pembantu peribadi, pelakon terkejut jumpa barang ritual ilmu hitamARTIKEL BERKAITAN: Meloyakan! Sebulan tak mandi, selebriti cantik ini anggap bersihkan badan memenatkanDalam masa yang sama, beliau berharap semua umat Islam yang menunaikan ibadah haji memperoleh haji yang mabrur.Malah pengalaman di Tanah Suci dapat menjadikan seseorang itu lebih baik selepas kembali ke tanah air.Hanung juga menegaskan bahawa perubahan selepas haji lebih penting berbanding gelaran yang dibawa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!