PENGAKUAN selebriti Taiwan iaitu Qiang Qiang tentang tabiat kebersihannya mengundang rasa loya dalam kalangan netizen apabila dia mengaku tidak suka mandi.Menurut Qiang Qiang, dia pernah hampir sebulan tidak membersihkan badan dengan air. Malah, ketika membuang air, dia hanya menggunakan bidet untuk mencuci bahagian sulit tanpa mandi sepenuhnya.Sikap pengotor Qiang Qiang mengejutkan peminat.“Saya memang tak suka mandi. Sejujurnya, walaupun selepas bersenam, saya boleh baring atas katil dan terus tertidur,” katanya ketika muncul dalam sebuah rancangan televisyen.Tambahnya, mandi dianggap sebagai satu tugas yang memenatkan sehingga dia tidak gemar keluar masuk bilik air berulang kali.“Kalau saya mandi, saya akan buat semuanya sekali gus seperti tanggalkan solekan dan gosok gigi. Saya tak mahu masuk bilik air banyak kali,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Suga kena kecam, didakwa potong barisan acara maraton… Artis tak layak dapat layanan istimewaARTIKEL BERKAITAN: Selamba guna laluan khas bas, Seung Bum kena saman Lebih mengejutkan, Qiang Qiang mengaku dia gemar menghidu bau badannya sendiri dan langsung tidak berasa terganggu.Dia juga mengakui suka menggaru kulit kepala sebelum menghidu bau pada jarinya selepas itu.Pengakuan berkenaan membuatkan hos dan tetamu lain terkejut, malah ramai netizen menyifatkan tabiat tersebut sebagai keterlaluan dan menjijikkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!