suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamba guna laluan khas bas, Seung Bum kena saman 

Ryu Seung Bum disaman kerana langgar peraturan jalan raya.

PELAKON Korea Selatan Ryu Seung Bum berdepan tindakan undang-undang dan dikenakan denda selepas didapati berulang kali melanggar peraturan jalan raya dengan menggunakan lorong khas bas.

Menurut laporan media, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Seung Bum ketika dia memandu kenderaan milik syarikatnya ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran filem terbaharu Netflix berjudul Good News.

Seung Bam disaman ratusan ringgit. 

Disebabkan terlalu kerap, pihak agensinya dilaporkan telah menerima surat saman terkumpul yang mencecah ratusan ringgit. 

Mengikut undang-undang trafik negera berkenaan, kenderaan penumpang biasa tidak dibenarkan menggunakan lorong khas bas kecuali memenuhi syarat tertentu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Kim Gyuri dipecah masuk, mujur ada 'housemate' gagalkan cubaan perompak

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Peminat fanatik telan wajah Glen Powell, setiap hari kunyah sekeping gambar

Seung Bum kini difahamkan berulang-alik antara Korea Selatan dan Slovakia selepas mendirikan rumah tangga.

Aktor itu dilaporkan tidak memiliki kenderaan peribadi di Korea Selaran dan hanya bergantung sepenuhnya kepada kenderaan syarikat untuk urusan kerja mahupun peribadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain