PENYANYI Zayn Malik berdepan detik cemas apabila hampir cedera terkena botol air yang dibaling oleh peminat ketika tampil dalam sesi soal jawab di Banquet Records.Menerusi video tular di X, bekas anggota One Direction itu dilihat cuba mengelak objek yang melayang ke arahnya ketika berjalan meninggalkan pentas selepas acara tamat. Menurut laporan Mirror, insiden berlaku selepas pihak penganjur menggabungkan dua sesi berkenaan yang dijadualkan pada pukul 4 petang dan 6 petang atas faktor konflik jadual saat akhir.Zayn buat peminat kecewa.Keputusan tersebut bagaimanapun mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat yang merasakan perubahan itu menyebabkan mereka hilang peluang untuk berada lebih dekat dengan penyanyi lagu Pillowtalk tersebut.“Zayn hampir terkena botol air yang dibaling ketika meninggalkan acara,” tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: Tak pasti cinta atau nafsu, Zayn Malik sukar gambarkan perasaan terhadap Gigi HadidARTIKEL BERKAITAN: Perrie Edwards imbau kembali hubungan toksik dengan Zayn MalikSebelum ini, Zayn turut menjadi perhatian selepas terpaksa membatalkan beberapa jadual jelajah KONNAKOL Tour akibat masalah kesihatan.Peminat meluahkan rasa kecewa apabila Zayn berkongsi gambar di katil hospital ketika sedang pulih daripada penyakit misteri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!