suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat tak tahu adab, cubit dada Anwar ketika bergambar

Anwar dakwa dadanya diraba.

PENGACARA Anwar BAB mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual selepas diraba dan dicubit pada bahagian sensitif oleh peminat yang agresif.

Anwar atau Anwar Sanjaya, 32, menjelaskan kejadian itu berlaku semasa dia dikerumuni sekumpulan wanita yang mahu bergambar bersamanya.

Ia berlaku ketika Anwar dikerumun wanita. 

"Maaf kalau tadi saya agak marah. Ada sekumpulan wanita yang ingin bergambar, tiba-tiba ada tangan nakal yang cubit bahagian dada saya dengan kuat. 

"Demi Allah, sakit sangat. Lagipun Tindakan itu memang tidak sopan sebenarnya," luah Anwar dalam satu hantaran di Threads pada Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Kim Gyuri dipecah masuk, mujur ada 'housemate' gagalkan cubaan perompak

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Peminat fanatik telan wajah Glen Powell, setiap hari kunyah sekeping gambar

Akibat daripada perkara tersebut, Anwar memaklumkan bahagian tubuhnya itu mengalami kecederan ringan sehingga meninggalkan kesan lebam.

"Lain kali tolong jangan buat seperti itu lagi. Lebih baik cuit kue tete (sejenis kuih di Indonesia) berbanding puting saya. 

"Sampai berbekas sehingga sekarang kesan daripada cubitan itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain