BEKAS anggota The Beatles, Paul McCartney mendedahkan sebab dia sering menolak permintaan bergambar bersama peminat.Dalam podcast The Rest Is Entertainment, bekas pemain bes The Beatles itu menjelaskan bahawa tindakan tersebut bukan kerana bersikap sombong, sebaliknya demi menjaga kehidupan normal seperti insan biasa. "Sangat penting untuk saya kekal jadi diri sendiri. Bila saya mula rasa diri saya lebih besar daripada diri sendiri, saya tak akan suka diri saya,” katanya. Paul antara legenda yang disegani ramai.Dalam pada itu, Paul turut berkongsi satu analogi yang agak unik bagi menggambarkan perasaannya.Katanya, dia teringat kepada seorang lelaki di Saint-Tropez, Perancis, yang membawa seekor monyet untuk dijadikan tarikan gambar pelancong.ARTIKEL BERKAITAN: Paul McCartney mimpi rakam album baru bersama The BeatlesARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong kerana tolak permintaan bergambar, Mahalini beri jawapan ‘pedas’“Ada lelaki dengan monyet di pantai dan orang bayar untuk bergambar dengan monyet itu. “Saya tak nak rasa macam monyet itu. Bila saya bergambar dengan orang, saya rasa macam itu. Tiba-tiba saya bukan diri saya lagi,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!