GARA-GARA sebaris ayat balasan komen di media sosial, penyanyi Mahalini berdepan kecaman hebat kerana dituduh bersikap sombong.Ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana selama ini menganggap Mahalini sebagai seorang wanita yang bersifat lemah lembut dan baik. Segalanya bermula selepas penyanyi itu menjawab dakwaan bahawa dia tidak melayan peminat dengan baik ketika bertemu dalam sebuah acara.Tular di media sosial apabila peminat menyifatkan Mahalini seorang yang sombong."Adakah benar awak pernah berjumpa saya?" balasnya pada satu hantaran di laman Threads.Biarpun cuba mempertahankan dirinya, Mahalini tetap menerima banyak kecaman serta luahan ketidaksetujuan terhadap jawapan tersebut.Perkara itu mula tercetus selepas seorang individu mendakwa isteri kepada penyanyi Rizky Febian itu memberikan layanan yang tidak baik ketika bertemu peminat.ARTIKEL BERKAITAN:Belum masa dedah wajah anak, Mahalini utamakan privasi keluargaARTIKEL BERKAITAN:Peminat tahu alamat rumah Mahalini di Bali, siap masuk dalam Google MapsMenurut individu berkenaan, permintaannya untuk bergambar telah ditolak oleh Mahalini."Dipendekkan cerita, saya dan rakan-rakan bridesmaid meminta untuk bergambar dengan Mahalini, namun dia terus menolak."Untuk Mahalini dan pasukannya, tolong ubah sikap begitu," tulis individu berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!