PELAWAK Boiyen memberitahu sikap buruk suaminya yang tidak pernah berubah antara faktor dia nekad untuk memfailkan cerai selepas dua bulan bernikah.Menurut Boiyen atau Yeni Rahmawati, 39, dia juga telah memberi peluang kepada Rully Anggy Akbar meskipun mengetahui lelaki berkenaan seorang yang bermasalah sebelum mereka berkahwin. "Sebelum berkahwin saya fikir dia boleh berubah. Sebelum kahwin sudah ada masalah, tetapi selepas bernikah ternyata dia tidak boleh berubah.Perkahwinan Boiyen hanya bertahan selama dua bulan. "Sifat manusia itu ada tabiatnya sendiri. Susah nak berubah," katanya dalam satu temu bual.Tambah Boiyen, dia tidak pernah menyesal memilih untuk berpisah biarpun usia perkahwinan masih baharu.Bagi pelawak itu, fokus kini adalah untuk terus mementingkan kerjaya selain membahagiakan ibunya.ARTIKEL BERKAITAN: Dua bulan kahwin, pelawak fail cerai terhadap suami ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik buat laporan polis, beri peringatan kepada pemilik akaun palsu"Sekarang tiada masalah lagi. Comeback Boiyen yang dulu."Saya mahu senangkan diri dahulu dan ibu," luahnya.Untuk rekod, Boiyen dan Rully berkahwin pada 15 November tahun lalu sebelum memfailkan cerai pada 20 Januari.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!