suria

Bayar mahal tapi ‘show’ macam orang malas… Peminat kritik persembahan Justin Bieber di pentas Coachella

Persembahan Justin di pentas Coachella mengecewakan ramai peminat.

KEMUNCULAN penyanyi Justin Bieber di pentas Coachella nyata mencuri perhatian ramai, namun persembahannya kali ini menerima kritikan dan disifatkan sebagai 'malas'. 

Menurut laporan Mirror, penyanyi pop berusia 32 tahun itu dilaporkan menerima bayaran sekitar AS$10 juta (RM47 juta) untuk kemunculannya di festival terkenal di Amerika Syarikat itu.

Bagaimanapun, penampilan santai Justin yang hanya mengenakan hoodie, seluar pendek dan cermin mata hitam tidak seperti yang diharapkan peminat.

Justin dianggap tidak bersungguh sewaktu membuat persembahan di Coachella.

Justin dianggap tidak bersungguh sewaktu membuat persembahan di Coachella.

Ramai menjangkakan penyanyi lagu Never Say Never itu akan tampil dengan persembahan penuh tenaga, namun sebaliknya dia hanya menyanyikan beberapa lagu daripada album terbaharunya, SWAG II (2025).

Lebih mengejutkan, Justin dilihat duduk di atas bangku sambil menggunakan komputer riba dan memainkan video lagu-lagunya dari YouTube di hadapan ribuan penonton.

Tindakannya itu nyata mengecewakan peminat yang kemudian meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber buat hal lagi, selamba berjalan pakai seluar dalam warna putih

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber ‘kantoi’ kencing tepi semak

Rata-rata peminat mendakwa Justin seolah-oleh 'menipu' apabila dibayar jutaan ringgit hanya untuk menyanyikan lagu dari saluran YouTube. 

"Justin dibayar sebanyak AS$10 million (RM47 juta) tetapi hanya menyanyi daripada YouTube? 

"Cara Justin menyanyi ni nampak macam dia malas saja," tulis netizen. 

Untuk rekod, Justin mula mencipta nama sejak usia 13 tahun dan sering dikaitkan dengan kehidupan glamor.

Namun, Justin sebelum ini pernah mengakui melalui fasa sukar dalam hidupnya yang disifatkan sebagai “gelap”.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain