suria

Bang Chan alami kejutan budaya, selalu kena pukul ketika sesi latihan

Bang Chan berjaya melalui sesi latihan yang sukar.

PENYANYI Bang Chan berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika awal dia mula menjalani latihan bersama pihak pengurusan sebelum bergelar artis

Bang Chan yang ketika itu baru berusia 13 tahun mengakui terkejut dengan budaya pembelajaran di Korea Selatan.

"Saya terkejut dengan perbezaan budaya ketika itu. Saya sering kali dipukul. Malah, saya juga dimarah tanpa sebarang sebab," katanya berkongsi dalam platform perbualan bersama peminat.

Pendedahan Bang Chan mengejutkan peminat. 

Bagi anggota kumpulan Stray Kids ini, dia tidak biasa berdepan atau mendengar tentang cara didikan sebegitu kerana dibesarkan di Australia.

Disebabkan itu, tidak mudah buatnya untuk menerima sistem latihan di bawah pengurusan JYP Entertainment pada awalnya.

Tambah Bang Chan, dia juga merahsiakan pengalaman tersebut daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya kerana tidak mahu mereka berasa bimbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesanan sahabat baik ubah pendirian Kim Shin Young, kini tidak lagi amalkan diet... Berat badan mula naik mendadak 

ARTIKEL BERKAITAN: Memandu dalam keadaan mabuk, Nam Tae Hyun dipenjara setahun

Biarpun begitu, penyanyi ini menganggap pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang sangat berharga dan dapat mengajarnya untuk lebih fokus kepada latihan.

"Saya tidak menceritakan kepada ibu bapa tentang perkara itu. Mereka meluahkan rasa bersalah apabila saya berkongsi tentangnya baru-baru ini. Mereka menangis.

"Rasanya saya dapat melalui pengalaman tersebut dengan baik," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain