PENYANYI rap Kanye West sekali lagi terpalit kontroversi apabila seorang bekas pekerjanya menuntut hampir AS$1 juta (RM4.7 juta) menerusi tindakan undang-undang atas dakwaan gaji tidak dibayar dan kerugian lain.Menurut dokumen mahkamah, Jonathan Monroe mendakwa bekerja sebagai pengawal keselamatan sepenuh masa pada tahun 2021 tidak menerima bayaran gaji penuh termasuk elaun kerja lebih masa.Kanye dikatakan melengah-lengahkan bayar gaji pekerja. Monroe mendakwa dia cuba mendapatkan bayaran yang sepatutnya diterima namun sering dipermainkan selain mengisi minyak kereta milik Kanye tanpa diberikan wang atau kad kredit.Malah, ketika dia meminta bayaran, Kanye didakwa hanya berlalu pergi tanpa memberikan sebarang respons.Dalam tuntutan terbaharu itu, Monroe menuntut jumlah keseluruhan sekitar AS$850,000 (kira-kira RM4 juta), merangkumi AS$7,725 (RM36,000) bagi bayaran lebih masa.ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West dedah amal hubungan sejenis, buat seks oral dengan sepupu sendiriARTIKEL BERKAITAN: Kanye West buat pengakuan berani, suka berfantasi sambil tatap gambar Iggy Azalea Selain itu, AS$37,620 (RM177,000) bagi gaji tertunggak, AS$500,000 (RM2.3 juta) bagi kehilangan pendapatan, serta AS$100,000 (RM470,000) masing-masing untuk kesakitan dan penderitaan serta ganti rugi.Sebelum ini, Kanye turut diarahkan membayar AS$140,000 (kira-kira RM658,000) kepada bekas pekerja, Tony Saxon dalam kes berasingan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube