suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rekaan baharu pakaian Hanis Zalikha dikecam, dianggap tak sesuai untuk wanita Muslim

Netizen tegur Hanis secara terbuka.

REKAAN pakaian terbaharu hasil kolaborasi pelakon dan usahawan Hanis Zalikha mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.

Seorang pemilik akaun Threads, @ch9wonn tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap rekaan pakaian dikenali sebagai ‘Stardom Jumper’ yang didakwa terlalu ketat dan tidak sesuai digayakan oleh wanita berhijab.

Menurut individu berkenaan, potongan pakaian tersebut dilihat terlalu mengikut bentuk badan sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai kesesuaiannya dalam kalangan wanita Muslimah.

Netizen luahkan rasa tak senang dengan rekaan baju Hanis Zalikha.

“Maaf cakap, tapi Stardom Jumper sangat tak sesuai dipakai oleh kaum wanita. Terlalu ketat dan sendat, ikut cutting.

“Rekaan memang cantik, tapi bayangkan ramai pakai. Macam manalah awak nak menjawab nanti?” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan beberapa gambar individu yang menghadiri majlis pelancaran sambil mengenakan pakaian berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah, individu tersebut turut menasihati Hanis agar lebih menitikberatkan soal keberkatan dalam perniagaan selain menjaga maruah wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekufu tentang prinsip hidup, Hanis Zalikha bertuah dapat suami macam Hairul Azreen

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian di Soneva Jani terbatas... Hanis Zalikha tak boleh kena cahaya matahari, tangan bengkak naik gatal-gatal

Dia juga tidak mahu menerima sebarang penjelasan tidak munasabah memandangkan Hanis sebagai seorang wanita Muslim sepatutnya lebih memahami.

“Carilah keberkatan dalam berniaga. Jagalah maruah semua wanita, malah influencer pun cari cara nak tutup.

“Tolonglah jangan keluarkan kenyataan macam ini. Kalau rasa tak sesuai, tak perlu pakai.

“Kalau pemilik jenama sendiri berhijab, takkan pembeli pula perlu dihadkan? Mungkin selepas ini boleh buat lebih baik,” luahnya.

Rekaan dianggap tidak sesuai dengan wanita muslim.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong kenyataan pengguna Thread tersebut.

Rata-rata mereka juga berpendapat peniaga bukan beragama Islam lebih bijak menghasilkan baju sesuai dengan wanita Muslim.

"Dia kena tahu kalau bukan Islam pakai pun dia tanggung dosa.

"Baju yang memperagakan aset masing-masing, malu tengoknya. Pakai baju tapi macam telanjang," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain