suria

Sekufu tentang prinsip hidup, Hanis Zalikha bertuah dapat suami macam Hairul Azreen

Hanis dan Hairul memiliki prinsip hidup yang sama.

MEMEGANG prinsip hidup yang sama merupakan antara sebab pelakon Hanis Zalikha bulat hati memilih aktor Hairul Azreen sebagai suaminya 10 tahun lalu.

Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 35, bersyukur kerana dipertemukan dengan Hairul yang disifatkan sebagai sekufu dalam pegangan hidup.

Malah katanya, Hairul, 37, bukan sahaja tidak merokok dan menjauhi perkara terlarang tetapi juga sarat dengan sikap pemurah dan mempunyai empati terhadap orang lain.

Untitled design

Hanis berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory pada Isnin.

"Satu perkara yang akan sentiasa sama ialah prinsip hidup. Saya sangat mementingkan perkara ini apabila memilih suami pada masa itu.

"Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak merokok, minum (alkohol), mengambil dadah dan terlibat dengan duit haram.

"Kami memiliki pandangan hidup yang sama iaitu murah hati dan empati," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bawa 30 staf melancong ke Jepun, siap ‘custom made’ jaket untuk semua

ARTIKEL BERKAITAN: Faham kepayahan besarkan anak-anak, Hanis Zalikha tak ‘judge’ individu tak mahu zuriat

Hanis berkongsi perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen mengenai keyakinannya terhadap Hairul sebagai suami walaupun mereka memiliki perbezaan.

Dalam pada itu, pemilik jenama fesyen Cakenis itu turut berkongsi mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara dirinya dan Hairul sebelum berkahwin.

Ketika itu kata Hanis, mereka sangat menyukai antara satu sama lain dan rakan-rakan menjadi saksi tentang percintaan mereka.

Untitled design (2)

Hanis dedah mereka sangat mencintai antara satu sama lain sebelum berkahwin.

"Saya tidak rasa orang akan faham bagaimana saya menyimpan perasaan terhadap dia (Hairul) dan dia pun berbuat perkara yang sama.

"Kami sangat gila dalam percintaan. Rakan-rakan kami pun menyaksikan betapa gilanya kami antara satu sama lain," ujarnya.

Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 9, dan Alisa Aisyah yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain