PESERTA program One In A Million (OIAM), Zazzleen menitiskan air mata selepas pertandingan berkenaan melabuhkan tirai selepas lapan minggu berentap.
Zazzleen, 38, berkata, air matanya tumpah apabila mengenangkan pelbagai kecaman diterima sepanjang menyertai OIAM sehingga membuatkan emosi dan tumpuannya terganggu pada persembahan peringkat akhir.
"Kalau ternampak saya menangis itu sebenarnya saya gembira! Mana tidaknya saya kena kecam teruk sepanjang bertanding.
Zazzleen lega semuanya sudah berakhir.
"Tangisan itu ibarat semuanya sudah selesai tapi saya percaya ada benda-benda lain yang kena hadap selepas ini," katanya kepada mStar.
Zazzleen berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tamat OIAM yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Zazzleen memberitahu kecaman paling menguris hatinya apabila netizen tergamak memperolokkan wajah arwah bapanya yang juga pelakon Allahyarham Datuk Zulkifli Zain.
ARTIEKL BERKAITAN: Suara garau macam lelaki, ramai keliru jantina sebenar Zazzleen OIAM... Pernah dua kali kahwin dan ada 3 orang anak!
ARTIEKL BERKAITAN:Marygrace juara OIAM, bawa pulang hadiah wang tunai setengah juta
Tidak hanya itu, pelbagai tohmahan terpaksa ditanggung sehingga dia terpaksa meminta maaf kepada semua ahli keluarganya kerana berasa bersalah.
"Paling terkesan bila mereka kata saya bertahan kerana kabel yang kuat, anak selebriti dan macam-macam lagi. Kalau orang lain baca boleh bunuh diri.
"Ada juga yang menghina arwah ayah saya. Memang terkesan kalau orang sentuh fasal ibu bapa terutama yang sudah tiada.
Saya nak buat showcase untuk ibu saya.
ZAZZLEEN
PENYANYI
"Bila saya turun pentas saya akan minta maaf pada keluarga kalau saya memalukan mereka," luahnya.
Zazzleen juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak masih mengecamnya di laman sosial selepas ini.
Sementara itu, Zazzleen meluahkan hasrat mengadakan sebuah showcase khas buat ibunya iaitu pelakon dan penyanyi Datin Normal Omar.
Jelasnya, dia sudah lama menyimpan hasrat itu namun masalah kewangan membuatkan dia menunda impian tersebut.
Zazzleen bangga berjaya raih tempat keempat.
"Wang kemenangan OIAM insya-Allah mampu kalau saya nak buat showcase. Impian itu sudah lama tapi modalnya tiada.
"Saya nak buat showcase untuk ibu saya, dia ada 10 buah lagu, jadi tak salah untuk saya buat persembahan untuk peminat kami.
"Saya peminat album ibu saya dan inilah masa yang sesuai kerana dia masih hidup dan sihat cuma mata kurang nampak," kongsinya.
Pada peringkat akhir OIAM, Zazzleen berpuas hati dengan kedudukan keempat yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube