suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dilabel ‘white people wannabe’, foto cium mulut Sharifah Sakinah dan suami cetus rasa kurang senang

TINDAKAN pelakon Sharifah Sakinah berkongsi foto bercium mulut dengan suaminya iaitu Cyril Kongo mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah, 36, dan suaminya dilihat berkucupan sambil berpelukan mesra ketika berada di Kota London, baru-baru ini.

Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang berpendapat pasangan berkenaan tidak sepatutnya berkongsi foto berkenaan secara terbuka di media sosial.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.

Lebih membuatkan  netizen kesal apabila ia di muat naik pada hari Arafah.

“Hari Arafah inilah nak post macam ini. Tak malu ke? Simpan untuk diri sendiri sudahlah.

“White people wannabe sangat. Cium mulut pun nak bagi satu dunia tengok.

"Perangai macam tak ada agama, kalau dah Melayu Islam buat cara Melayu Islam,” antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah, suami terpaksa PJJ demi kerjaya - “Kami akan tinggal sebumbung satu hari nanti”

ARTIKEL BERKAITAN: Sakinah bahagia tanpa media sosial, kehidupan peribadi bukan untuk tatapan umum

Dalam hantaran itu juga, Sakinah turut menitipkan kapsyen ringkas seolah-olah menggambarkan kebahagiaan yang dimiliki hanyalah sementara.

“Semua hanya pinjaman,” tulisnya.

Untuk rekod, Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Cyril pada 2025.

Sakinah dan Cyril jalani perkahwinan jarak jauh.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada 2015 sebelum bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lapan tahun.

Sakinah kemudian kembali bertemu jodoh dengan lelaki berasal dari Sweden dikenali sebagai Michael Hansen pada 2021, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dua tahun selepas itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain