NAMA penyanyi Shila Amzah sudah tidak asing dalam dunia muzik, malah kejayaannya menembusi pasaran China sering menjadi bukti bahawa bakat tempatan mampu mendapat tempat di pentas antarabangsa.Bagi Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, pencapaian itu bukan sekadar soal populariti, sebaliknya satu ruang untuk menyampaikan mesej kepada wanita di luar sana bahawa hidup sentiasa mempunyai peluang kedua, tidak kira usia atau status. "Sebenarnya saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan untuk saya dapat peluang (diterima peminat) ini. Shila terharu diterima peminat di China."Saya bersyukur dapat berkongsi momen indah ini bersama suami dan anak-anak. Itu adalah perkara paling bermakna buat saya. "Walaupun dah umur 36 tahun, saya nak beri inspirasi juga kepada wanita di luar sana untuk tidak putus asa. Kita boleh bermula semula di usia apa-apa, kepada ibu tunggal jangan rasa satu pintu dah tertutup, semua pintu akan tertutup juga... kita kena cari pintu (peluang) mana yang terbuka. Insya-Allah rezeki Allah itu luas," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Shila berkongsi bahawa identiti muziknya masih kuat dalam bahasa Mandarin yang menjadi sebahagian daripada 'DNA' seni sejak awal penglibatan di pasaran China.ARTIKEL BERKAITAN: Banyak ‘show’ di China bukan bermaksud Shila Amzah lebih utamakan peminat luar, syukur masih kekal relevanARTIKEL BERKAITAN: Hampir putus asa, Shila Amzah kumpul duit sendiri buat konsert untuk peminat"Sejujurnya saya punya DNA ini memang untuk menyanyikan lagu bahasa mandarin. Pada saya kalau anda meminati Shila Amzah, itulah DNA saya."Jadi sudah tentu ada saja peminat dan pendengar yang mahu saya menyanyikan lagu Melayu dan tradisional di China, tetapi dalam masa sama pun baru nak menapak balik di China, beri saya masa lagi," ujarnya. Mengulas lanjut, penyanyi lagu Patah Seribu itu turut mendedahkan jadual seninya yang semakin padat dengan pelbagai perancangan konsert di dalam dan luar negara.Tambahnya, beberapa perancangan juga sedang dibuat untuk membawa konsert ke Filipina dan Thailand sebagai sebahagian daripada usaha mengembangkan kerjaya antarabangsanya.Shila sekali lagi bakal mengadakan konsert solo di Malaysia."Apa yang boleh saya katakan, pada Ogos ini saya akan mengadakan sebuah lagi konsert solo di Malaysia."Selain itu kami juga sedang berbincang untuk beberapa lokasi konsert di luar negara. Ada dua fasa lagi konsert di China insya-Allah sehingga akhir tahun ini. "Kami juga dalam perancangan untuk buat konsert di Filipina dan juga Thailand. Saya memang sangat sibuk untuk perancangan konsert-konsert ini," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!