suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada sambutan meriah... Siti Hariesa rai hari lahir dengan majlis tahlil, doa selamat

Hariesa (kiri) meraikan sambutan hari lahir secara sederhana.

PEMERGIAN ibu bapa tercinta nyata masih meninggalkan kesan mendalam buat pelakon Siti Hariesa yang memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya ke-28 dengan mengadakan majlis doa selamat dan tahlil pada Sabtu lalu.

Berbanding meraikan hari istimewa itu dengan sambutan meriah, Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi berkata dia lebih selesa mengisinya dengan doa serta mengenang kasih sayang ibu bapanya yang telah lama pergi menghadap Ilahi.

“Hari lahir yang dipenuhi doa, kenangan dan kerinduan. Daripada meraikannya dengan penuh kemeriahan, saya penuhi rumah dengan doa, sebuah majlis doa selamat dan tahlil yang lebih bermakna daripada apa-apa acara sambutan. 

Hariesa tidak lupa mendoakan buat arwah ibu dan bapanya.Hariesa tidak lupa mendoakan buat arwah ibu dan bapanya.

“Semakin meningkat usia tanpa ibu bapa adalah satu bentuk kesakitan yang berbeza.

“Di hari lahir ini, saya menziarahi pusara mereka dengan membawa bunga, doa, dan hati yang masih merindui setiap hari,” katanya. 

Hariesa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlukan ‘sugar daddy’, Siti Hariesa pilih cari rezeki sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Hariesa jarang beli barang mewah, iPhone benda paling mahal pernah dimiliki

Dalam pada itu, Hariesa memberitahu dia mengambil kesempatan pada hari lahirnya itu dengan mengunjungi pusara arwah ibu dan bapanya.

“Kadang-kadang saya tertanya bagaimana rasanya hidup ini jika mereka ada untuk melihat saya menginjak usia 28 tahun. 

“Namun saya percaya kasin sayang tidak pernah berakhir. Doa, kenangan dan kerinduan yang kita bawa semuanya adalah satu bentuk cinta yang terus hidup. 

Buat ibu dan ayah, saya merindui kalian dalam setiap versi hidup saya.

SITI HARIESA 

PELAKON

“Alhamdulillah atas setahun lagi kehidupan, kekuatan untuk terus melangkah dan buat semua yang hadir serta berkongsi momen penuh ketenangan bersama saya,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Bapa Mentuaku Mafia ini turut menitipkan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan berharap dipertemukan semula di syurga.

Hariesa tidak lagi menganggap acara meriah meraikan hari lahir sebagai satu keperluan.Hariesa tidak lagi menganggap acara meriah meraikan hari lahir sebagai satu keperluan.

“Semoga Allah mengampuni dan merahmati insan-insan tersayang yang telah kembali kepada-Nya dan menemukan kita semula suatu hari nanti di syurga. 

“Saat melangkah ke usia 28 tahun, saya berdoa agar dikurniakan hati yang lebih lembut, jiwa yang lebih tenang, insan-insan yang ikhlas di sekeliling saya, dan kehidupan yang lebih dekat dengan Allah.

“Buat ibu dan ayah, saya merindui kalian dalam setiap versi hidup saya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain