suria

Siti Hariesa jarang beli barang mewah, iPhone benda paling mahal pernah dimiliki

Hariesa simpan duit untuk impian.

ENAM tahun bergelar seorang pelakon, Siti Hariesa sentiasa berhati-hati membelanjakan wang hasil titik peluhnya.

Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 26, berkata dia tidak akan menghabiskan wang miliknya dengan membeli barangan mewah demi kepuasan peribadi.

Sebaliknya akan memfokuskan kepada keperluan diri selain mengutamakan perbelanjaan kedua ibu bapanya.

Hariesa simpan duit untuk impian.

"Saya sudah dewasa, tentulah saya perlu sara diri saya sendiri. Selain fikirkan reward diri saya juga mahu bantu keluarga saya. 

"Saya tak berhabis duit saya ke arah itu (barangan mewah), beli baju pun biasanya secara atas talian," katanya kepada mStar.

Menurut Hariesa, gajinya akan disimpan demi memenuhi beberapa impian seperti kereta idaman dan persediaan majlis perkahiwnannya suatu hari nanti. 

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Hariesa tunggu rezeki kahwin, belum jumpa waktu sesuai

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Hariesa lebih berhati-hati pilih watak, enggan lagi terpalit kontroversi... “Saya tidak mahu orang cakap buruk”

Malah pada ketika ini dia juga tidak berani berbelanja melebihi RM5,000 untuk sesuatu barang.

"Saya tidaklah setiap kali dapat duit akan habiskan untuk berbelanja, tapi kalau barangan mewah ini biasanya kalau saya rasa saya mampu saya akan cuba dapatkan.

Hariesa berbelanja ikut kemampuan.

"Buat masa ini saya masih tidak berani berbelanja lebih dari RM5,000," katanya lagi.

Tidak hanya itu dia juga mendedahkan telefon bimbit berjenama iPhone adalah barang yang paling mahal pernah dimiliki.

"Sejujurnya telefon bimbit adalah barang paling mahal yang pernah saya ada. Saya beli secara tunai dan sekarang masih belum upgrade lagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain