suria

Muka berdarah kena sabit, Shahidan Izwan tahan sakit teruskan penggambaran

Dahi Shahidan luka selepas terkena sabit yang dihayunkan Ellie.

PROFESIONAL ketika bekerja, pelakon Shahidan Izwan tetap meneruskan penggambaran meskipun mukanya luka berdarah akibat terkena sabit yang dihayunkan aktres Ellie Suriaty. 

Berkongsi kembali pengalaman semasa berada di lokasi penggambaran filem Telaga Suriram, Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 28, memberitahu dia hanya mendapat rawatan selepas tamat babak berkenaan. 

"Detik-detik cemas ketika penggambaran filem Telaga Suriram. Sakit tu memang sakit, tapi kerja tetap kena teruskan.

Shahidan tetap profesional teruskan penggambaran.

"Habis kerja, baru kita sambung sakit semula," katanya. 

Shahidan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Ahad.

Insiden terkena sabit itu berlaku sekitar tahun 2022 ketika dia dan Ellie menjayakan salah satu babak pergelutan dalam filem berkenaan. 

Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini Shahidan juga memaklumkan dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik namun enggan menerima jahitan kerana tidak mahu kesan parut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Osman Ali kembali dengan filem misteri, ‘Telaga Suriram’ bakal buat penonton tak senang duduk

ARTIKEL BERKAITAN: Dahi kena sabit Ellie Suriaty, pelakon Shahidan Izwan tak mahu dijahit... Bimbang ada kesan parut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen risau akan situasi yang dihadapi Shahidan.

Malah terdapat netizen yang mempertikaikan penggunaan sabit asli sewaktu penggambaran dijalankan

"Bukan selalu perkara macam ini guna prop palsu ke? Mujur tak kena mata.

"Risau tengok, walaupun Shahidan profesional tapi mujur sabit tu tak kena mata.

Muka Shahidan terkena sabit yang dihayunkan Ellie.

"Bahaya betul guna sabit yang asli, apa pun bangga dengan Shahidan sebab profesional teruskan penggambaran," tulis netizen.

Dalam perkembangan lain, filem Telaga Suriram sudah mula ditayangkan di seluruh negara sejak 1 Mei lalu.

Selain Shahidan dan Ellie, filem arahan Osman Ali itu juga dibintangi pelakon lain seperti, Maya Karin, Nabila Huda, Farid Kamil serta Scha Alyahya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain