suria

Dahi kena sabit Ellie Suriaty, pelakon Shahidan Izwan tak mahu dijahit... Bimbang ada kesan parut

Iwang minta netizen tak menyalahkan Ellie Suriaty berhubung kejadian sabit terpelanting itu.

MALANG tidak berbau!

Demikianlah situasi yang dihadapi pelakon baharu, Shahidan Izwan atau lebih mesra disapa Iwang apabila mukanya terkena sabit ketika menjayakan satu babak dalam filem Telaga Suriram.

Menurut Iwang atau nama sebenar Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 25, insiden berkenaan menyebabkan penggambaran filem terpaksa dihentikan dan dia dikejarkan ke klinik berdekatan.

"Ketika itu kami sedang melakonkan satu babak yang membabitkan tiga watak iaitu Kasa, Jabet dan Mak Tijah. Sabit di tangan Mak Tijah (Ellie) terpelanting semasa pergelutan dengan Jabet (Ammar Bahri) sehingga terkena dahi dan hidung Kasa (Iwang).

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty terbuka hati cucuk vaksin, taat permintaan suami

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda teruja pertama kali dapat watak bisu, dah lama idam kerja dengan Osman Ali

"Masa kena tu boleh tahan sakit sebab macam kena hentak dekat dahi, semua terkejut dan satu set terdiam, saya perlahan-lahan keluar set dengan darah menitik dan pengarah terpaksa hentikan penggambaran.

"Saya terus di bawa ke klinik. Kalau diikutkan kena jahit tetapi saya tidak mahu sebab kesan parut nanti lama, susah nak hilang. Doktor cakap boleh tak jahit tapi sekadar digam sahaja.

izwan 2

Iwang dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

"Sekarang ini cari bahan organik untuk sembuhkan luka dan parut tanpa jahitan... nak hilangkan bengkak dan lebam mungkin ambil masa," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Iwang menjelaskan insiden itu berlaku bukanlah kerana kesilapan Ellie Suriati.

Malah, dia sama sekali tidak menyalahkan Ellie Suriaty apabila sabit di tangan pelakon itu terpelanting hingga hinggap di dahinya.

Kak Ellie berulang kali minta maaf. Benda nak jadi, lagi pun ini bukan salah dia!

SHAHIDAN IZWAN

PELAKON

"Kak Ellie berulang kali minta maaf. Benda nak jadi, lagi pun ini bukan salah dia, dia dah bawa watak itu dengan betul cuma orang kedua tertepis sabit itu menyebabkan ia terpelanting ke muka saya.

"Saya harap tiada mana-mana orang dipersalahkan. Biasalah adat berlakon, kadang-kadang benda tak diingini macam ni memang boleh berlaku.

izwan 3

Iwang bersama salah seorang pelakon Telaga Suriram iaitu Nabila Huda.

"Doakan luka saya cepat sembuh dan tak sabar nak masuk set penggambaran semula pada 5 Februari ini. Harap-harap parut ni dah sembuh la nanti," ujarnya.

Telaga Suriram merupakan sebuah filem terbitan Nuansa Films dengan kerjasama Odissi Creative dan diarahkan oleh sutradara terkenal, Osman Ali.

Antara barisan pelakonnya ialah Farid Kamil, Nabila Huda, Scha Alyahya dan Maya Karin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain