suria

Aishah sudah bercerai, bekas suami lafaz talak guna WhatsApp… Cuba tenangkan hati elak ‘meroyan’

Aishah sahkan telah bercerai sejak Disember lalu

EPISOD masalah rumah tangga penyanyi Datuk Aishah yang dilaporkan sebelum ini berakhir dengan penceraian menerusi aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu.

Ketika dihubungi mStar, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, mengesahkan dia dan suami bercerai talak satu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah sudah 3 bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami, tunggu masa jatuh talak

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah terima gelaran Datuk

Akui sedih dengan pengakhiran berkenaan, Aishah mengakui menangis ketika menerima lafaz talak dengan cara berkenaan.

"Bagi saya kalau rasa sedih, menangis sahaja. Tidak perlu tahan kerana saya juga manusia biasa yang tidak boleh mengawal perasaan.

"Apa yang penting perlu kembali kuat dan move on. Kita perlu jalani hidup seperti biasa,” katanya.

aishah suami

Aishah pernah mendedahkan tidak tinggal sebumbung dengan suami pada November tahun lalu

November tahun lalu media melaporkan Aishah sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami.

Sementara itu Aishah berkata dia tidak pernah menyangka rumah tangga yang dibina putus di tengah jalan.

Ini adalah ketentuan Tuhan dan mungkin Allah sudah rancang sesuautu yang lebih baik untuk saya di masa akan datang

DATUK AISHAH

PENYANYI

"Jika saya tidak bersabar dan tenangkan hati, pasti dah ‘meroyan’ akibat perpisahan ini.

"Dahulu ketika menetap di New Zealand saya sering melihat pasangan berusia berpegangan tangan dan terfikir akan jadi sebegitu.

"Ini adalah ketentuan Tuhan dan mungkin Allah sudah rancang sesuautu yang lebih baik untuk saya di masa akan datang,"cerita Aishah lagi.

Aishah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan proses perceraian dan mahu menyelesaikannya sendiri bersama bekas suami.

aishah anak

Aishah bersama dua orang anaknya

"Tiada siapa inginkan perceraian. Mungkin rumah tangga saya tidak boleh dipertahankan lagi.

"Saya sudah biasa hidup berdikari, jadi hidup ini perlu diteruskan.

"Aktiviti seni juga akan berjalan seperti biasa. Saya harapkan sokongan peminat terhadap artis lama seperti saya," katanya.

Perkahwinan ini merupakan yang keempat buat Aishah.

Aishah mempunyai dua cahaya mata iaitu Armand Azhari, 29, hasil dair perkahwinan pertama dan Azhad Ahlami, 23, dari perkahwinan kedua.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Aishah, Janji Manismu, Aishah Cerai

Artikel Lain