suria

Aishah terima gelaran Datuk

Aishah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk

PENYANYI Aisyah antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir pada Jumaat.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah tak buka aib suami kongsi kisah beli beras, sekadar cerita pengalaman hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah syukur bebas Covid-19, seronok dapat balik selepas 12 hari di hospital - “Dua tahun duduk rumah, Allah nak jadikan, kena juga”

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.

Aishah dijadualkan menerima pingat berkenaan dalamn satu majlis berasingan pada 22 Januari depan.

Selain itu, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai seramai 410 penerima anugerah kebesaran lain.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir perkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada seramai 410 individu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir perkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada seramai 410 individu.

Antara nama lain yang turut dikurniakan DBNS adalah Ahli Dewan Negara Senator Dr Ahmad Azam Hamzah, Pengarah Urusan & Rakan Operasi McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar dan Pakar Perunding Kardiologi Dr. Asri Abdullah Ramaiah.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manis Mu ini juga merupakan anak kelahiran negeri tersebut.

Ketika aktif dalam dunia politik sekitar tahun 2013, Aishah pernah bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti PAS.

Instiadat penganugerahan pingat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Istiadat penganugerahan pingat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan

Nama Aishah mula terukir sebagai penyanyi pada awal tahun 1980-an bersama Aishah and The Fab Club.

Pemenang Anugerah Juara Lagu kelima (AJL5) pada tahun 1990 ini juga pernah bergelar juara Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Aishah, Datuk, Negeri Sembilan

Artikel Lain