suria

Harith Zazman risau isteri hamil 5 bulan positif Covid-19... Bakal timang anak sulung lelaki

Harith dan isteri menjalani kuarantin akibat jangkitan Covid-19.

PENYANYI Harith Zazman memaklumkan dia dan isteri iaitu Nuramalina Ghakashah disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lalu.

Menurut Hazman, 27, dia serta isteri yang sedang hamil lima bulan berada dalam keadaan baik dan menjalani kuarantin di kediaman mereka sehingga 20 Januari depan.

"Alhamdulillah sekarang ini kami berdua berada dalam keadaan baik-baik sahaja, cuma isteri alami sakit tekak, selesema dan batuk tapi sekarang keadaan beransur pulih.

ARTIKEL BERKAITAN: Harith Zazman bakal jadi bapa, umum isteri hamil tiga bulan dalam MV ‘Shut Up’ - “Ada babak mengandung... kena tengok betul-betul”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sorry to say, buruk! Jangan buat naya orang” - Pelukis inai isteri Harith Zazman sedih hasil kerja dikutuk netizen, tak tahu rupa-rupanya itu pasangan artis

"Semasa dimaklumkan positif itu kami terus buat pemeriksaan dan doktor maklumkan isteri serta kandungannya baik-baik sahaja dan boleh kuarantin di rumah.

"Kami tak mengalami simptom teruk cuma risau keadaan isteri yang sedang berbadan dua. Syukur ramai kenalan dan peminat yang bagi kata-kata semangat minta kami positif dan bertenang.

harith 3

Pasangan ini bakal timang anak lelaki.

"Sebenarnya saya pun pelik tak tahu daripada mana dijangkiti virus ini... tak apa la, mungkin ada hikmah kami dapat luangkan masa bersama di rumah lebih lama," katanya kepada mStar.

Harith dan Nuramalina, 29, selamat disatukan sebagai suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos tahun lalu.

Yang pelik selera makan saya pun bertambah selepas isteri mengandung, kami tengah berlumba tengok perut siapa paling besar!

HARITH ZAZMAN

PENYANYI

Pasangan ini dijangka menimang cahaya mata sulung mereka pada Mei depan.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Cute (Stop Lah So Being Cute) dan Shut Up ini turut berkongsi berita gembira bakal menimang anak lelaki.

harith 2

Pasangan ini berkahwin pada Ogos lalu.

"Kami bakal dapat baby boy! Sejujurnya kami tak kisah pun sama ada anak lelaki atau perempuan... tapi rezeki anak sulung baby boy, Alhamdulillah boleh ajak main futsal sekali nanti.

"Dah masuk trimester kedua ni isteri tak ada alahan yang teruk, hanya muntah-muntah sahaja. Cuma dia sekarang minat makanan bersambal, dia pernah minta lima jenis sambal, tapi hanya rasa sikit-sikit sahaja.

"Yang pelik selera makan saya pun bertambah selepas isteri mengandung, kami tengah berlumba tengok perut siapa paling besar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Aishah terima gelaran Datuk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain