suria

Harith Zazman bakal jadi bapa, umum isteri hamil tiga bulan dalam MV ‘Shut Up’ - “Ada babak mengandung… kena tengok betul-betul”

Harith umum isteri hamil dalam MV lagu Shut Up.

SELEPAS kejayaan lagu Cute (Stop Lah So Being Cute) pada tahun lalu, penyanyi Harith Zazman kini muncul dengan single solo terbaharu berjudul Shut Up.

Istimewanya untuk video muzik (MV) kali ini, Harith atau nama sebenar Mohamad Harith Saifuzzaman, 27, berkongsi mengenai kehamilan isterinya, Nuramalina Ghakashah.

"Hari ini (Jumaat) dilancarkan MV rasmi lagu ini. Dalam MV itu saya juga berkongsi mengenai kehamilan isteri yang merupakan salah satu eleman utama kejutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Harith Zazman kini suami model MV ‘Cute’, tak ‘rushing’ fikir soal anak - “Nak enjoy dulu dengan status suami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sorry to say, buruk! Jangan buat naya orang” - Pelukis inai isteri Harith Zazman sedih hasil kerja dikutuk netizen, tak tahu rupa-rupanya itu pasangan artis

"Alhamdulillah isteri saya sudah hamil. Saya abadikan berita gembira itu dalam MV lagu baharu... ada babak di mana isteri saya nampak mengandung, kena tengok betul-betul.

"Satu pengalaman yang cukup menarik sepanjang penghasilan MV ini, idea dan jalan cerita MV daripada pengarah, Hafreez Amminuddin atau Freeze... ia mengenai pasangan alien yang cuba memujuk isterinya," katanya kepada mStar.

harith 1

Salah satu babak isteri Harith sedang mengandung dalam MV Shut Up.

Harith dan Nuramalina selamat disatukan sebagai suami isteri di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor pada 28 Ogos lalu.

Difahamkan usia kandungan isterinya kini memasuki tiga bulan dan berada dalam kesihatan yang baik.

Berkongsi mengenai percubaannya bergerak solo tanpa kolaborasi dengan mana-mana penyanyi, Harith mengakui pada awalnya timbul rasa gementar dan kurang keyakinan.

Kali ini saya solo saja, jadi bergantung kepada peminat saya saja, itu yang membuatkan saya sedikit gementar!

HARITH ZAZMAN

PENYANYI

"Ini adalah lagu solo pertama saya. Sejujurnya saya takut-takut juga pada awalnya, tapi pengurus saya cakap bila lagi nak buat menyanyi secara solo kalau bukan sekarang.

"Sebelum ini saya berkolaborasi dengan artis lain seperti Loca B dan Tuju. Kali ini pengurus cakap buatlah lagu dan menyanyi secara solo pula. Sejujurnya saya agak gementar kalau nak buat persembahan tanpa ada orang di sebelah, tapi saya fikir, saya kena juga belajar jika mahu terus bergerak solo dan ini waktu sesuai.

harith 2

Harith dan Amalina berkahwin pada 28 Ogos lalu.

"Dari segi rakaman tidak ada masalah, sebab sudah lama dengan Faithful, jadi saya enjoy saja cuma yang saya risau mengenai sambutan dan penerimaan pendengar.

"Kalau berkolaborasi dengan artis lain sudah tentu peminat mereka akan mendengar sekali. Kali ini saya solo saja, jadi bergantung kepada peminat saya saja, itu yang membuatkan saya sedikit gementar, tapi InsyaAllah lagu ini akan diterima ramai," katanya.

Shut Up boleh didengari di semua platform digital, manakala muzik video rasmi ini pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful pada pukul 11 pagi, Jumaat.

Penonton boleh menyertai cabaran #ShutUpTolongDiam di aplikasi TikTok untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pakej ‘movie night’ yang mengandungi barangan eksklusif Shut Up dan banyak lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain