suria

“Sorry to say, buruk! Jangan buat naya orang” - Pelukis inai isteri Harith Zazman sedih hasil kerja dikutuk netizen, tak tahu rupa-rupanya itu pasangan artis

Netizen kutuk lukisan inai di tangan isteri Harith pada hari pernikahan mereka.

LUKISAN inai di tangan isteri kepada penyanyi Harith Zazman iaitu Nuramalina Ghakaskhah pada hari pernikahannya mengundang kritikan segelintir netizen di laman sosial.

Disifatkan sebagai tidak kemas, pelukis inai atau henna yang dikenali sebagai Elmyliana Alia atau Alia mengakui dia berasa sedih membaca komen negatif daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Harith Zazman kini suami model MV ‘Cute’, tak ‘rushing’ fikir soal anak - “Nak enjoy dulu dengan status suami”

Tidak menyedari pasangan pengantin adalah orang yang dikenali, Alia bagaimanapun mahu mengabaikan perkara itu memandangkan isteri penyanyi berkenaan menyukai hasil kerjanya.

Harith inai 1

Alia turut berkongsi kepada mStar perbualan isteri Harith yang berpuas hati dengan hasil kerjanya.

"Agak terkejut dan kecewa apabila inai yang saya lukis dikutuk netizen di laman sosial. Sejujurnya, saya tak tahu pun pasangan pengantin itu dikenali ramai.

"Saya tak tahu yang pengantin lelaki adalah penyanyi manakala isterinya seorang Instafamous. Bila dia tag saya di IG, barulah saya tahu mereka terkenal.

"Tak sangka netizen kutuk inai yang saya lukiskan itu. Tapi tak apa, yang penting, pengantin suka, berpuas hati dan puji inai saya kemas," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, seorang wanita di laman Twitter mengkritik lukisan inai di tangan isteri Harith pada hari pernikahannya pada Sabtu lalu dilihat tidak kemas.

Saya memang tak pernah menaja selebriti atau Instafamous.

ELMYLIANA ALIA

PELUKIS INAI

"Siapa henna artist ya? Bayar berapa? kalau 100+ serius tak berpatutan. Sorry to say, buruk! Jangan buat naya orang. Tapi kalau percuma, tak apa la," tulis individu itu.

Bagaimanapun, komen tersebut telah mengundang kecaman netizen yang berpendapat individu tersebut bersikap biadab.

Dalam pada itu, Alia memberitahu dia tidak pernah memberi perkhidmatan lukis inai percuma kepada mana-mana selebriti.

Biarpun komen tersebut menggores hatinya, namun Alia yang berusia 36 tahun ini tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai pelukis inai.

Harith 2

Harith dan isteri bernikah pada Sabtu.

"Saya memang tak pernah menaja selebriti atau Instafamous. Sejujurnya masa baca komen itu, memang terdetik hati saya kenapalah jahat sangat orang ini.

"Tapi nasib baik rakan-rakan pelukis inai lain banyak beri sokongan. Saya tak akan serik untuk melukis inai untuk sesiapa termasuk selebriti.

"Sebab itu adalah kerjaya saya dan punca rezeki saya. Biarlah orang nak kutuk, asalkan pelanggan saya berpuas hati dan bayar hasil karya saya," ujarnya.

Harith Zazman sah bergelar suami kepada model video muzik lagu Cute itu pada Sabtu di Pejabat Agama Hulu Langat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain