suria

[VIDEO] Selalu kena tarbiah... Iwan Syahman syukur akhirnya anak perempuan, Aprena dan Oktavia Manrose sudah berhijab

BAPA kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman meluahkan rasa syukur dengan perubahan dua orang anak perempuannya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose yang kini sudah berhijab.

Ujar Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus, 60, dia tidak pernah memaksa kedua-dua anaknya itu untuk berhijab sebaliknya terus menasihati mereka agar berubah ke arah kebaikan.

"Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini jangan berterusan kamu kena berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan - “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose minta jangan diskriminasi, vaksin hanya pilihan... tak wajib - “Bukan nak bergaduh tapi saya berjangkit daripada orang dah vaksin”

"Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia bagitahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah bagus.

"Tapi untuk mengubah mereka bukan saya tapi Allah. Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah," katanya kepada mStar

APRENAAA

Iwan bersyukur Aprena dan Oktovia kini mengenakan imej bertudung.

Iwan ditemui pada sidang media pelancara program Hijrahkan Laguku yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel.

Dalam pada itu, Iwan memberitahu walaupun sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri dia tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak-anaknya.

Ujarnya, dia akan terus mendoakan dan memimpin mereka ke jalan Allah.

Saya sebagai bapa hanya menasihatkan mereka untuk berubah.

IWAN DANGDUT

PENYANYI

"Saya tidak akan putuskan hubungan dengan mereka. Saya hanya berdoa kepada Allah. Macam Oktovia ada minta doakan dia istiqamah untuk terus berhijab," ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perjalanan hijrahnya, Iwan kini banyak mengubah lagu dangdut yang pernah dipopularknya kepada lirik Islamik.

Katanya, dia juga memberitahu tidak akan menyanyikan lagu-lagu hitnya dahulu walaupun atas permintaan peminat.

IWAN

Iwan tak putuskan hubungan dengan anak-anak.

"Saya keluarkan lagu-lagu yang sudah tukar liriknya. Kalau ada yang minta saya nyanyikan lagu dulu-dulu... minta maaf saya tidak akan menyanyikannya lagi.

"Sebab dulu saya tak faham, saya rasa menyesal, kesalahan saya dulu Allah bukakan. Saya hidup dalam lautan tidak bertepian, ini perjalanan hidup saya." ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Iwan Dangdut, Aprena, Oktovia, bertudung

Artikel Berkaitan

Artikel Lain