suria

“Kenapa nak marah, video itu tak upload di YouTube“ - Zarol Zarif sudah selesaikan isu prank Cat Farish tanpa kebenaran

Zarol hormat dengan Cat yang tetap selesaikan kerja biarpun timbul isu antara mereka.

SUSULAN luahan kemarahan penyanyi rap Cat Farish, bekas peserta Akademi Fantasi 2016 tampil menjelaskan perkara sebenar.

Hairan dengan pendedahan itu, Zarol atau nama sebenarnya Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle berkata isu antara mereka sepatutnya sudah diselesaikan pada ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Buang masa bodohkan orang” - Cat Farish ‘sound’ Zarol Zarif, bengang kena prank untuk ‘content’ YouTube

Bagaimanapun penyanyi berusia 29 tahun ini menghormati Cat yang tetap menyiapkan kerja biarpun berdepan dengan masalah.

Cat berang dengan sikap Zarol tidak serius ketika bekerja.

Cat berang Zarol buat prank ketika sesi rakaman.

"Sejujurnya saya tak tahu kenapa abang Cat cakap macam itu sedangkan video prank itu saya tak upload dekat mana-mana pun.

"Saya faham kenapa abang Cat marah tapi kenapa dia nak bangkitkan semula isu itu sebab semuanya dah selesai waktu itu juga.

"Apa-apa pun, saya hormat dengan abang Cat. Walaupun ada isu antara kami tapi dia tetap profesional selesaikan kerja," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Cat menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) meluahkan rasa berang terhadap seorang YouTuber yang datang studio hanya untuk membuang masa.

Sebelum ini, kita tahu semua lagu-lagu yang dia terbitkan orang senang nak terima.

ZAROL ZARIF

PENYANYI

Tanpa menyebut nama individu tersebut, penyanyi berusia 47 tahun ini menasihati YouTuber yang juga penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Cat ketika dihubungi mStar mengakui dia berasa berang dengan Zarol Zarif yang tidak serius ketika sesi rakaman di studio.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan 'content' untuk saluran YouTube miliknya.

Zarol 1

Zarol tampil dengan lagu terbaharu berjudul Kan Kan.

Dalam pada itu, Zarol memberitahu dia memilih Cat untuk bekerjasama menerusi lagu terbaharunya berjudul Kan Kan kerana meminati hasil kerja ahli kumpulan Ruffedge tersebut.

"Saya memang minat hasil kerja abang Cat. Sebelum ini, kita tahu semua lagu-lagu yang dia terbitkan orang senang nak terima.

"Lagu-lagu dia pun jenis yang catchy dan sedap untuk didengari... sebab itu saya pilih dia. Saya pun dah tiga tahun tak keluar lagu.

"Untuk buat comeback, saya pilih orang yang betul-betul sesuai. Sebab itu saya pilih abang Cat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain