suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 15 tahun tiba-tiba buka mata, bangkit dari keranda selepas lapan jam ‘meninggal dunia’

Foto tular memaparkan Yuleidy Ixcotoyac tersedar dan bangkit dari keranda selepas lapan jam 'meninggal dunia'. -Foto JamPress

SUASANA suram di sebuah kediaman bertukar menjadi kejutan luar biasa apabila seorang remaja perempuan berusia 15 tahun tiba-tiba membuka mata dan bangkit dari dalam keranda selepas kira-kira lapan jam meninggal dunia.

Remaja dikenali sebagai Yuleidy Ixcotoyac itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika bapanya, Abraham Ixcotoyac, membawanya ke sebuah pusat perubatan pada awal pagi 10 Oktober lalu.

Bapanya yang merupakan seorang paderi memberhentikan kenderaan dan kemudian memeriksa nadi dan pernafasan Yuleidy, namun tidak menemui sebarang tanda atau petunjuk bahawa anaknya itu masih hidup.

Tanpa pemeriksaan doktor atau sijil kematian dikeluarkan, keluarga berkenaan mendapatkan sebuah keranda sebelum membawa Yuleidy pulang ke rumah untuk mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Menurut laporan, sekitar pukul 2.30 petang, saudara-mara dan penduduk setempat mula berkumpul di kediaman keluarga itu di El Jocote, Guatemala, bagi menyampaikan ucapan takziah.

Ibunya, Lesvia Rios, yang ketika itu bersedih di sisi keranda anaknya, bagaimanapun menyedari sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Ketika menangis sambil menunduk di atas keranda, Lesvia menyedari anaknya seperti mula tersedar sebelum kejadian mengejutkan berlaku apabila Yuleidy membuka mata dan duduk tegak di dalam keranda.

Kejadian itu menyebabkan ahli keluarga dan orang ramai yang berada di situ terpaku dalam keadaan terkejut.

Mereka kemudian memberikan air kepada Yuleidy sebelum membantunya keluar dari keranda. Detik mencemaskan itu turut dirakam dan tersebar di media sosial.

Sementara itu, Yuleidy yang mengimbas kembali detik 'kematiannya' berkata, dia mula berasa sakit dada yang teruk sebelum tidak sedarkan diri.

"Jantung saya mula terasa sangat sakit. Rasanya berat, kemudian saya hilang kesedaran, seperti pengsan," jelasnya.

Dia turut meluahkan rasa syukur atas apa yang berlaku dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai satu keajaiban.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak berterima kasih kepada Tuhan. Ini satu keajaiban," tambahnya.

Yuleidy dilaporkan sedang menjalani proses pemulihan di rumah. 

Bagaimanapun, dia memaklumkan tangannya masih menggigil.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan Guatemala belum mengeluarkan sebarang penemuan atau penjelasan perubatan rasmi mengenai kejadian luar biasa tersebut. -Agensi

Artikel Lain