SUSPEK pembunuhan seorang wanita yang melarikan diri ke Malaysia berjaya ditahan pihak berkuasa sebelum dihantar pulang ke Indonesia.Lelaki dikenali sebagai Mochamad Khoirul Anam itu diburu polis Indonesia selepas disyaki terbabit dalam kes kematian seorang wanita pada Jun lalu. Menurut laporan, mangsa ditemukan maut dengan beberapa kesan kecederaan di dalam sebuah bilik di Jalan Putat Jaya Sekolahan, Surabaya, Indonesia.Menurut Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Untung Widyatmoko, suspek ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Oktober sebelum dihantar pulang pada Ahad.Katanya, hasil pemeriksaan forensik dan maklumat yang diperoleh membawa kepada pengenalpastian lelaki berkenaan sebagai suspek.Suspek kemudian dikesan berlepas ke Malaysia pada 27 Jun sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan dipercayai bekerja tanpa permit sah dengan sebuah syarikat kontraktor di Sungai Buloh, Selangor.Bagaimanapun, pelariannya berakhir apabila dia ditahan pihak berkuasa Malaysia atas dakwaan pelanggaran peraturan imigresen kerana merupakan pendatan asing tanpa izin (PATI).Selepas proses pemeriksaan dan dokumentasi, perintah pengusiran dikeluarkan pada 7 Oktober sebelum dilaksanakan empat hari kemudian.Suspek kemudian diserahkan kepada penyiasat di Indonesia untuk tindakan undang-undang. -Agensi