suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selisih faham ketika baiki paip rosak, pemuda maut ditikam adik sendiri

Bedah siasat lazimnya dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian seseorang. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham ketika membaiki paip air yang rosak bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut dipercayai ditikam adik kandungnya sendiri dalam kejadian pada Isnin lalu.

Mangsa, Aris Tangke, 49, dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan akibat tikaman di bahagian pinggang dalam insiden berdarah yang berlaku di Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Suspek yang berusia 45 tahun dipercayai bertindak demikian selepas berlaku pertelingkahan antara mereka ketika membaiki paip air berkenaan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Toraja Utara, Iptu Ruxon berkata, mangsa dan suspek merupakan adik-beradik kandung.

Menurut Ruxon, insiden dipercayai bermula apabila mangsa dan suspek berselisih faham ketika melakukan kerja membaiki paip air.

Pertengkaran itu kemudian semakin memuncak sehingga membawa kepada pergaduhan fizikal antara kedua-duanya.

Dalam kejadian tersebut, suspek dipercayai menikam mangsa di bahagian pinggang sehingga menyebabkan lelaki itu meninggal dunia.

Sementara itu, suspek dilaporkan melarikan diri selepas kejadian sebelum berjaya dikesan dan ditahan pihak polis.

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Toraja Utara untuk tindakan lanjut.

Polis turut merampas senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan perubatan dan psikologi terhadap suspek juga akan dilakukan bagi meneliti keadaan kesihatan mentalnya.

Kes berkenaan kini dalam siasatan polis. -Agensi

 

Artikel Lain