suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas wakaf telaga air, kelab peminat hadiahkan Bella dan Syed Saddiq replika foto keluarga emas 999 pula

Bella dan Syed Saddiq terkejut terima emas 999 daripada kelab peminat.

BUKAN sahaja terlibat dalam usaha mewakafkan telaga air, pasangan selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menerima hadiah istimewa daripada kelab peminat mereka berupa replika foto yang diperbuat daripada emas 999.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi Team BASS Official (TBO), kelab peminat itu mendedahkan kisah di sebalik pemberian hadiah berkenaan yang ditempah khas dari luar negara.

Menurut TBO, awalnya mereka mengambil masa untuk memikirkan hadiah yang sesuai buat pasangan itu sebelum memilih emas 999 yang diukir khas dengan foto Bella, Syed Saddiq berserta Ayden dan Ara.

Reaksi terkejut Syed Saddiq dan Bella semasa menerima hadiah.

"Ada satu cerita di sebalik hadiah yang kami nak kongsikan kepada semua. Lama juga fikir, apa agaknya hadiah yang bermakna untuk YB dan Bella?

"Kami nak sesuatu yang bukan sekadar cantik, tapi boleh disimpan dan dikenang sampai bila-bila. Sampailah kami diperkenalkan dengan Golfinch.

"Apa kata kalau kami hadiahkan emas 999 yang diukir khas dengan gambar YB, Bella, Ayden dan Ara?" kongsi kelab peminat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hadiah biasa-biasa! Kelab peminat wakaf telaga air sempena perkahwinan Bella, Syed Saddiq

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bersemut’ skrin tengok Syed Saddiq dukung Bella Astillah dan anak-anak, hati netizen pula berbunga-bunga!

Mereka turut berkongsi video memaparkan riak wajah Bella dan Syed Saddiq yang terkejut apabila menerima hadiah berkenaan semasa majlis persandingan bersama peminat pada Ahad lalu.

Tambah TBO, mereka teruja apabila mendapat tahu idea tersebut selari dengan hasrat Bella dan Syed Saddiq.

Jelas mereka, pemilihan emas itu bukanlah kerana nilainya semata-mata, sebaliknya sebagai simbol kasih sayang dan cinta yang diharapkan terus kekal serta semakin berharga seiring waktu.

Mereka bagaimanapun tidak berkongsi jumlah emas 999 berkenaan secara terperinci namun memaklumkan ia hasil sumbangan daripada ahli kelab tersebut.

Peminat sentiasa teruja untuk meraikan hari bahagia Bella dan Syed Saddiq.

"Kami terbayang, satu hari nanti bila Ayden dan Ara dah besar, mereka akan memandang ukiran ini dan tahu bahawa pernah ada sekumpulan manusia yang begitu gembira meraikan kebahagiaan keluarga mereka.

"Di sebalik hadiah ini, ada sumbangan, usaha, kasih sayang dan doa daripada TBO dan seluruh BASSties. Walaupun datang daripada pelbagai tempat dan latar kehidupan, kami disatukan oleh satu rasa yang sama… sayangkan BASS," kongsinya.

Dalam perkongsian sama, TBO turut menitipkan doa agar hubungan Bella dan Syed Saddiq sentiasa dilindungi, rumah tangga mereka diberkati serta kebahagiaan keluarga itu berkekalan hingga ke syurga.

Syed Saddiq dan Bella disayangi peminat.

Malah, mereka berharap hadiah tersebut menjadi kenangan bermakna buat pasangan berkenaan dan dua anak Bella, walaupun majlis perkahwinan sudah berlalu.

"Sebab kami bukan sekadar nak hadiahkan emas. Kami nak tinggalkan satu kenangan.

"Kenangan bahawa pernah ada sekumpulan manusia yang tiada pertalian darah, tetapi ikhlas tumpang bahagia melihat keluarga ini bahagia," tulisnya.

Sebelum ini, Syed Saddiq dan Bella turut menerima hadiah wakaf telaga.

Sebelum ini, TBO mendedahkan mereka mewakafkan sebuah telaga air untuk kegunaan penduduk kampung di Guinea, Afrika sebagai hadiah perkahwinan pasangan berkenaan.

Pada 10 Oktober lalu, Syed Saddiq, 33, selamat bergelar suami kepada Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Tingkat 118, Merdeka 118 Precinct, Kuala Lumpur.

Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas sekian lama menjalin persahabatan rapat.

Artikel Lain