suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hawa Rizwana didakwa tak mesra dengan Ratu, Rocketfuel tampil penjelasan video ‘laga pipi’

Video Hawa dan Ratu bersalaman disunting sehingga menimbulkan salah faham.

SYARIKAT pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd tampil memberi penjelasan berhubung sebuah video tular mendakwa pengacara Hawa Rizwana bersikap pilih kasih terhadap penyanyi jemputan di program Meletop.

Menerusi satu kenyataan ringkas, Rocketfuel memaklumkan video yang dimuat naik pada malam Selasa telah disunting sehingga menimbulkan salah faham segelintir pihak.

"Pihak Rocketfuel ambil maklum dengan komen yang diberikan terhadap video ini dan video semalam telah disunting tanpa memberi gambaran yang sepenuhnya. Ini merupakan video penuh di Meletop," jelas kenyataan berkenaan.

Rocketfuel tampil memberi penjelasan. 

Video terbaharu yang dimuat naik menunjukkan sudut kamera berbeza sekali gus menepis dakwaan Hawa dilihat kurang mesra ketika bersalam dengan penyanyi Ratu yang juga bekas peserta program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menerusi video yang dikongsi sebelum ini, Hawa dilihat bersalaman dengan Ratu dan beberapa tetamu lain ketika program Meletop berlangsung.

Bagaimanapun, babak Hawa dan Ratu bercium pipi seperti kebiasaan kalangan wanita ketika bersalaman didakwa telah disunting sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana pilih ‘natural beauty’, tolak pembedahan plastik 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] ‘Bersemut’ skrin tengok Boss James minta Hawa Rizwana bacakan doa makan ketika sahur, target puasa penuh

Situasi itu mencetuskan kecaman segelintir pihak yang mendakwa Hawa bersikap pilih kasih terhadap artis jemputan, sedangkan video penuh yang dikongsikan kemudian memaparkan situasi berbeza.

"Orang industri ini memang pilih bulu ke? Dengan budak pun nak buli, kesian dia.

Komen kecaman segelintir pihak terhadap Hawa. 

"Berubah air muka dia, kenapa jahat sangat dengan budak-budak pun buat macam itu?

"Hawa, buruknya perangai. Ingat sikit, bukan semua orang suka kau. Dengan budak pun ada cemburu," tulis segelintir pengguna platform Threads.

Ratu tampil dalam program Meletop pada malam Selasa bersama penyanyi Audra dan Amarra selain kumpulan Alpha.

 

Artikel Lain