suria
mStar - Urban.Versatil

[V] ‘Bersemut’ skrin tengok Boss James minta Hawa Rizwana bacakan doa makan ketika sahur, target puasa penuh

PERSONALITI media sosial, Boss James mencuri perhatian ramai apabila meminta pengacara Hawa Rizwana membacakan doa makan sebelum dia menikmati juadah sahur.

Momen itu dikongsikan menerusi sebuah video di media sosial miliknya [Tonton sini] sehingga meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cukup romantis.

James atau nama sebenarnya James Lee, 34, dilihat mendengar bacaan doa makan daripada Hawa sambil menadah tangan sebelum menjamah makanan. 

Boss James dan Hawa sudah lebih sebulan berkawan rapat. 

Lebih menyentuh hati, Boss James turut berkongsi azamnya untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

“Tahun lepas target 30 hari, tapi dapat 24 je. Tahun ini niat nak puasa penuh, tapi tak tahu dapat ke tak?

“Minta doa semua supaya saya dapat menahan diri. Sahur tahun ini ringkas saja ada air kosong, minuman protein, conflakes dengan susu, air sarang burung dan cherry tomato. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kenal, Boss James jatuh hati lihat sikap Hawa Rizwana... Puji cantik dan pandai

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana memilih soal pasangan hidup, mahu lelaki penyabar... Tak sia-sia tinggalkan kerjaya wartawan

“Semoga kita semua dapat istiqamah, lipat gandakan pahala, amalan diterima dan paling penting sihat selalu,” katanya.

Perkongsian tersebut dibanjiri komen positif apabila ramai mendoakan agar Boss James dapat menahan diri daripada lapar dan dahaga. 

Tidak kurang juga yang suka melihat interaksi mesra antara mereka, malah ada menyifatkan pasangan itu cukup serasi.

Antara komen-komen pengikut. 

“Kahwin jela.

“Hawa tolong bacakan doa makan. 

“Pagi-pagi skrin dah bersemut. Selamat berpuasa.

“Manis sangat ni Boss James,” tulis beberapa pengikut.

Sebelum ini Boss James mengakui berkawan rapat dengan Hawa Rizwana dan menyifatkan personaliti TV itu seorang yang baik dan lemah lembut. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain