suria
mStar - Urban.Versatil

Beri ruang untuk berfikir, Mia Sara Nasuha ada alasan lambat beri respons… Tak mahu jawab dengan perasaan marah

Mia menunggu masa sesuai sebelum tampil beri penjelasan.

PELAKON Mia Sara Nasuha menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa mengambil masa sebelum tampil bersuara mengenai isu yang mengaitkan namanya dengan aktres Puteri Balqis sebelum ini.

Meskipun namanya hangat diperkatakan, Mia, 21, berkata dia tidak mahu perkara tersebut berlarutan sehingga melibatkan tindakan undang-undang.

“Nak beri ruang untuk pihak sana berfikir. Kalau boleh tak nak masuk mahkamah, akan menyusahkan pihak sana. Saya masih ada empati,” katanya.

Mia aktif menjawab komen di Threads. 

Mia menulis perkara itu sebagai respons terhadap satu komen di Threads yang mempersoalkan kelewatannya memberi maklum balas.

Sementara itu, menerusi satu lagi balasan komen, pelakon berkenaan menjelaskan video yang dimuat naik sebelum ini hanyalah sebagai amaran kepada mana-mana pihak agar tidak terus memburukkan namanya.

Seperti pernah ditegaskan, Mia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman sekiranya isu tersebut masih berlarutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara sudah hubungi Puteri Balqis, tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang… “Jumpa pun baru sekali, saya tak pernah buli dia atau ibunya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Mia Sara okay saja!

“Saya tidak katakan enggan teruskan saman, saya beri amaran supaya mereka ada masa berfikir secara rasional.

“Tapi seperti yang saya katakan, kalau masih nak memburukkan, saya akan teruskan,” tegasnya.

Mia juga dilihat lebih terbuka membalas komen netizen di media sosial dan berpendirian tegas bahawa dia tidak pernah melakukan perbuatan buli terhadap Puteri Balqis.

Saya masih ada empati

MIA SARA NASUHA

PELAKON 

Pada masa sama, dia menjelaskan video penjelasan yang dibuat sebelum ini dirakam secara rasional dan beserta bukti kukuh.

“Bila kita terburu-buru untuk berkata dengan perasaan marah, yang keluar nanti caci maki sahaja.

“Bila kita tenang dan sabar, baru boleh berfikir secara rasional dan boleh jawab berasaskan fakta, bukan emosi,” jelasnya.

Mia tampil membuat penjelasan mempertahankan dirinya. 

Pada awal pagi Rabu, Mia akhirnya tampil bersuara menjawab dakwaan kononnya dia pernah membuli Puteri Balqis.

Dalam video tersebut, dia memaklumkan hanya pernah berjumpa Puteri Balqis sekali ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain