suria
mStar - Urban.Versatil

Qi Razali teruja sambut Ramadan sebagai bapa, sudah siapkan baju raya untuk anak

Qi (kanan) memilih nama Anggun Sumayyah untuk anak pertamanya.

PELAKON Qi Razali berkongsi keterujaan apabila kini sudah bergelar bapa selepas kelahiran cahaya mata pertamanya, Anggun Sumayyah pada 23 Januari lalu. 

Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, kehadiran Anggun benar-benar mengubah rutin kehidupannya, lebih-lebih lagi apabila menyambut Ramadan dan membuat persiapan Aidilfitri dalam suasana baharu. 

Kata Qi, Ramadan kali ini sedikit berbeza buat dirinya memandangkan isterinya masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak mereka.

Qi (kiri) teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

"Betullah apa orang kata bila dah ada cahaya mata semuanya kita fokus pada anak. Beli baju raya dia dulu, barang-barang keperluan bayi, semuanya anak dululah sekarang. 

"Dia (anak) dah pilih warna baju raya sendiri. Kita tanya nak warna apa, bila dia senyum itulah warna dia pilih. Kalau tak suka dia menangis (bergurau). 

"Tahun ini saya menyambut Ramadan agak berbeza sikit. Dengan isteri sedang berpantang, saya seorang saja yang berpuasa. Tak mengapa saya hanya buat persiapan apa yang patut. Apa yang penting saya mahu isteri dan anak sihat," katanya ketika dihubungi mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali kini bergelar babah, pilih nama Anggun Sumayyah

ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali sudah siapkan semua keperluan sambut cahaya mata sulung, terkejut baju bayi ada saiz kosong bulan

Dalam pada itu, Qi memberitahu dia masih cuba menyeimbangkan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Meskipun masih terlibat dengan penggambaran dan perlu ke luar kawasan atas urusan kerja, dia berhasrat untuk mengurangkan komitmen sepanjang bulan Ramadan. 

"Saya masih lagi ada penggambaran, ada juga pergi outstation. Masih bekerja tetapi kalau boleh puasa ini saya mahu kurangkan kerja dan banyakkan masa bersama keluarga.

Betullah apa orang kata bila dah ada cahaya mata semuanya kita fokus pada anak.

QI RAZALI

PELAKON

"Saya mahu bantu isteri semampu yang boleh. Alhamdulillah ada jugalah saya tolong tukarkan lampin bayi. 

"Ada masa saya tolong masak, perkara-perkara macam itulah yang boleh saya bantu untuk ringakan beban isteri," ujarnya. 

Berkongsi detik kelahiran bayi mereka, Qi memberitahu isterinya, Wardah Hayati selamat melahirkan anak secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami sakit perut lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Qi (kiri) kini fokus menjaga kesihatan isteri dan anak.

"Isteri saya bersalin secara pembedahan. Kalau ikutkan tarikh melahirkan pada minggu hadapan tetapi tiba-tiba pada malam itu isteri saya sakit perut. 

"Saya pun terus bawa isteri ke hospital dan doktor nasihatkan untuk lahirkan bayi sekarang juga kerana pembukaan rahim sudah berlaku," katanya. 

Untuk rekod, Qi mendirikan rumah tangga dengan Wardah pada 25 Mei 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain